Profesor mengingatkan kerajaan Malaysia agar berwaspada dan bersedia dengan kelengkapan bagi menghadapi gempa bumi.
Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Adnan memberi amaran Malaysia bakal dilanda gempa besar sehingga 7 magnitud susulan siri gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.
Gempa bumi melanda Malaysia kerana kedudukan Sabah yang berdekatan dengan Jepun dan Indonesia yang kerap dilanda gempa bumi berukuran sehingga 7 magnitud.
Di Malaysia antara kawasan yang dikenal pasti akan berhadapan dengan gempa besar itu ialah Kunak, Lahad Datu, Ranau dan Kudat.
Tinggalkan Jawapan