UMNO Liabiliti Tiada Yang Percaya Dan Bekerjasama Selain Warisan

Tidak perlu sebenarnya ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar menghebahkan hasrat untuk bekerjasama dengan mana parti termasuk Parti Warisan.

Seolah olah UMNO masih relevan atau berjaya memikul tanggungjawab sebagai parti yang diberikan mandat oleh rakyat sejak berdekad yang lalu, khususnya tanggungjawab ke atas negeri dan rakyat Sabah.

Maksud saya disini supaya tidak ada lagi rakyat Sabah yang diperdaya oleh UMNO.

UMNO gagal memartabatkan Sabah sebab itulah Warisan yang baru setahun jagung berjaya memainkan sentimen tolak Malaya atau UMNO. Walhal kalau dikira cukup mustahil memandangkan Presiden Warisan Shafie itu sendiri bekas Naib Presiden UMNO dan pernah memikul tanggungjawab sebagai Menteri KKLW.

Hebohkanlah apa pun bentuk kerjasama hakikatnya UMNO sudah ditolak, Melayu sendiri menganggap UMNO tidak lagi relevan apa tak lagi Sabahan.

Di Sarawak UMNO tidak boleh beroperasi atau diharamkan.

UMNO ibarat kumpulan mafia yang pencen. Walaupun masih bernafsu dan bertenaga tapi rakyat tahu kerosakan yang mereka telah lakukan. Jadi rakyat yang matang tidak mungkin memberi peluang kali kedua, apa lagi peluang itu dijadikan jambatan untuk menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selama ini banyak janji pemimpin UMNO dalam kempen pilihan raya berkaitan perjanjian Malaysia 1963, tapi satu pun tiada yang diproses. Habis pilihan raya manifesto tinggal manifesto, tunggu lagi pilihan raya baharu akan timbul janji yang sama. Begitulah betapa takutnya UMNO merealisasikan MA63.

UMNO memang tidak boleh pakai sudah. Bayangkan…..

Najib yang kantoi dan sedang di penjara kerana skandal melibatkan wang rakyat dalam SRC sehingga hari ini masih dinafikan kesalahannya. Malah pemimpin UMNO sedang berusaha memulakan proses bagi mendapatkan pengampunan diraja. Bukan ke hal ini akan memangkinkan lagi penolakan rakyat terhadap UMNO.

Kebanyakan orang Sabah percaya dan yakin yang menyebabkan Sabah ketinggalan berbanding negeri lain di Semenanjung, walaupun Sabah kaya dengan sumber alam. Adalah akibat pentadbiran persekutuan oleh UMNO telah gagal mengagihkan kekayaan Sabah sedangkan 40% hasil Sabah boleh digunakan untuk membina prasarana dan memajukan Sabah.

Telah banyak pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dan Warisan ke atas pemimpin UMNO. Pendedahan itu telah berjaya mematangkan dan meyakinkan rakyat untuk menolak UMNO.

Alah Bung Mokhtar itu sendiri masih berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah berhubung penyelewengan wang rakyat dalam agensi FELCRA.


Di bawah kenyataan Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin yang menjengkelkan.

“Mesyuarat biro politik akan diadakan untuk mengkaji siapakah rakan (politik) kita yang berminat untuk bekerjasama dengan kita pada pilihan raya negeri akan datang kerana perkara ini penting dan perlu dibincangkan.

“Kawan (politik) ini bermaksud mereka yang memberi impak kemenangan untuk membantu kami menang dalam PRN akan datang. “Kita akan mempertimbangkan bukan sahaja Parti Warisan tetapi mana-mana parti yang membawa kemenangan bersama kita, dan kita akan pertimbangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat di sini, Ahad.


Sekali baca macam menakutkan tapi jangan terdaya ia hanyalah pancingan untuk menarik balik kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

Hakikatnya UMNO sudah game over di Sabah. Dalam masa yang sama Warisan juga sebab berkomplot menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Ngam lah tu UMNO Sabah dan Warisan bekerjasama, senang orang Sabah buang laut.

2 thoughts on “UMNO Liabiliti Tiada Yang Percaya Dan Bekerjasama Selain Warisan

Add yours

  1. Biarkan rakyat Sabah yang menentukan hala tuju UMNO Sabah? Walaupun serangan propaganda dan provokasi daripada cybertrooper ke arah UMNO dengan tujuan melemahkan serta menghapuskan sokongan rakyat Sabah terhadap UMNO, ia tidak akan menggugat kedudukan UMNO Sabah yang mempunyai keahlian lebih 4 juta diseluruh negara malaysia dan merupakan parti yang terbesar di negara ini malaysia.walau bagaimana pun rakyat sedang menunggu dan melihat perjalanan politik parti-parti lain sama ada ia bertahan apabila pemimpin utama mereka akan berundur disebabkan faktor usia dan kesihatan? UMNO sudah diuji lebih 60 tahun dan masih mampu bertahan kerana parti UMNO adalah sebuah parti yang ditubuhkan di ISTANA Johor oleh pemimpin yang benar-benar berjuangkan untuk bangsa melayu dan negara malaysia.kejatuhan UMNO di sebabkan oleh pakatan jahat bekas pemimpin UMNO itu sendiri serta diserang dari segenap penjuru parti-parti yang memusuhi UMNO, walaupun UMNO mereka telah jatuhkan namun tiada juga parti-parti yang mampu memerintah,melainkan UMNO juga jadi pelengkap kepada pembentukan kerajaan seperti apa yang berlaku sekarang?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: