
Bikin muntah pula kenyataan Presiden UMNO Wak Ponorogo tu. Dont put words at my mouth.
Dia semasa berucap di Majlis berbuka puasa di Papar. Menyatakan yang dia telah mengarahkan atau menasihatkan Adun UMNO Sabah agar jangan menggugat kerajaan GRS atau kedudukan Ketua Menteri Sabah daripada GRS habiskan tempoh kerajaan negeri hingga 2025.
Kenapa Zahid boleh terfikir membuat kenyataan seumpama itu? seolah mereka yang kuat.
Seolah olah juga kepimpinan GRS yang memulakan persengketaan sedangkan Bung Mokhtar yang berkompromi dengan Warisan bagi merebut jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor atau GRS. Namun gagal apa bila beberapa Adun UMNO tidak menyokong tindakan Bung Mokhtar.
Bila gagal Zahid Hamidi mengisytiharkan gencatan senjata ke atas GRS.
Sepatutnya Zahid selaku Presiden UMNO menzahirkan permohonan maaf dan berjanji tidak lagi menggugat kerajaan GRS sehingga habis penggal. Bukannya berlagak macam orang yang tidak berdosa.
Betul mentaliti Zahid Hamidi sudah rosak sampai tidak sedar apa yang dia ucapkan hanya merendahkan martabat dirinya dan memangkinkan kemarahan rakyat Sabah terhadap UMNO.
Presiden UMNO berkata begitu sebab sekalipun mereka berhasrat untuk merampas kuasa buat kali ke dua. Jumlah Adun UMNO dan Warisan tidak lagi cukup untuk memungkinkannya.
Jadi tidak usahlah Zahid Hamidi berlagak budiman, orang tahu juga siapa yang terdesak dan bernafsu jahat hingga sanggup melakukan apa saja demi kuasa.
Sebelum ini UMNO menyatakan dengan jelas bahwa musuh utama BN/UMNO di Sabah ialah Warisan. Tapi kerana jahat dan terdesak UMNO bekerjasama dengan Warisan untuk merampas kerajaan negeri Sabah dari GRS. Lidah biawak.
Sebelum ini iaitu sempena kedatangan Zahid Hamidi ke Sabah, macai Warisan ada membuat kenyataan di media sosial kononnya 13 Adun GRS akan u turn dan kerajaan GRS akan tumbang, itu bererti mereka ada harapan. Padanlah! Hahaha
Nasi sudah menjadi bubur UMNO dan Warisan. Bersedialah kamu sebab dalam pilihan raya negeri akan datang kamu akan dikapankan.
Tinggalkan Jawapan