
KENYATAAN Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembangkang perlu berunding dengan kerajaan jika wakil rakyat mereka inginkan peruntukan kawasan yang sama, menggariskan ketiadaan undang-undang yang memperincikan formula dan menjamin kesaksamaan.
Kerana tiada undang-undang sedemikian, di kedua-dua peringkat Persekutuan dan negeri, pemberian peruntukan kawasan untuk wakil…
Kenyataan Perdana Menteri di atas berkaitan peruntukan kepada semua Ahi Parlimen dan Adun termasuk pembangkang.
Peruntukan mereka kelak bergantung pada budi bicara Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar.
Kalau di Sabah bergantung pada budi bicara Ketua Menteri Sabah.
Jadi berapa pun yang dibagi oleh Ketua Menteri, terima saja apa adanya atau sekalipun tidak disalurkan peruntukan akur saja sebagai pembangkang. Memandangkan semasa Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah, Shafie tidak menyalurkan peruntukan kepada Adun pembangkang seperti Bersatu, PBS, STAR dan lain lain.
Lagi pun tidak ada juga gunanya kerajaan memberi peruntukan pada Adun Warisan. Sebab wakil wakil rakyat Warisan hanya datang ke kampung kampung untuk membaiki apa yang patut, bila dekat pilihanraya. Jadinya peruntukan itu nanti tidak dapat dimanfaatkan untuk kebaikan masyarakat umum sebaliknya hanya digunakan untuk mengurus kerabat dan kroni mereka.
Kecuali kampung itu dihuni oleh majoriti ahli keluarga wakil rakyat Warisan. Barulah prasarana kampung disediakan atau dibaiki sepanjang mereka menjadi wakil rakyat. Jika bukan nah begitulah keadaan kampung berkenaan sampai habis penggal.
Kampung kampung yang terletak dibawah Adun Warisan (sejak sebagai wakil rakyat UMNO) kebanyakannya ketinggalan dari segi prasarana begitu juga soal gejala sosial yang tidak pernah diambil kisah oleh wakil rakyat Warisan hari ini. Tidak semua tapi memang ada.
Hakikatnya orang tahu tujuan wakil rakyat Warisan tidak mencampuri gejala sosial di kubu mereka adalah supaya tetap di anggap baik dan terus diundi. Perlu diketahui DULU yang menjadi tukang sebar propaganda Warisan di peringkat akar umbi ialah PATI PATI dari Filipina dan Indon.
Sebab itu jangan hairan kenapa Presiden Warisan, Shafie popular atau disokong oleh masyarakat yang terlibat dengan kegiatan jenayah. Yang bodoh orang tempatan yang menyokong Warisan, ini kerana kalaupun Warisan menang maka masyarakat yang terlibat kegiatan jenayah akan lebih besar kepala, dan masyarakat tempatan yang tolol dan bacul tadi akan terus dipandang keji dan di pijak.
Jangan hairan kenapa orang miskin yang menyokong Warisan tidak mendapat simpati dari orang luar. Sebaliknya hanya membangkitkan kemarahan dan semakin tidak dihormati.
Tinggalkan Jawapan