Tiada Bekas Adun Warisan Tinggalkan GRS Sebaliknya Ada Lagi Menyusul

Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Petagas YB Datuk Ag Ahmad Sah Datuk Ag Sahari menzahirkan keyakinan akan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor sebagai Ketua Menteri Sabah tanpa rasa berbelah bahagi.

Beliau yang merupakan salah seorang ADUN Parti Warisan yang ‘berhijrah’ baru-baru ini percaya dan yakin bahawa Kerajaan GRS saat ini adalah kerajaan yang dinanti-nantikan oleh rakyat demi kestabilan politik, ekonomi dan pembangunan yang seimbang.

Justeru tidak ada yang meninggalkan kerajaan GRS seperti yang disebarkan oleh laskar Warisan baru baru ini. Sebaliknya berkemungkinan akan ada lagi wakil rakyat Warisan menyertai kerajaan GRS atau Parti Gagasan Rakyat.

Ikuti ulasan Wakil Rakyat Petagas itu bersama Wartawan Lokasi Aivie Halphy & Awangku Sidek untuk Sabahitz ON9TV.


Baru ini satu atau dua laskar Warisan memuat kenyataan di facebook kononnya seramai 13 Adun akan meninggalkan kerajaan GRS, itu bererti mereka ada harapan. Nah cerita itu ditimbulkan sempena kedatangan Presiden UMNO, Zahid ke Papar Sabah bagi menghadiri majlis berbuka puasa pada petang kelmarin.

Mereka ingat tujuan Zahid Hamidi datang ke Sabah untuk tujuan itu. Tahu tahu Zahid membuat kenyataan yang sebaliknya, bahwa dia telah mengarahkan semua Adun UMNO Sabah supaya tidak menganggu kerajaan GRS. Kantoi membohong lagi macai Warisan ya. Hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: