
Bagi menutup penolakan rakyat Sabah ke atas parti Warisan. Si Aziz Jamman membangkitkan akta lompat parti yang diperkenalkan oleh Persekutuan.
Dengan bertanya kenapa kononnya kerajaan Sabah masih takut melaksanakan akta lompat parti di Sabah.
Ini susulan kenyataan Ketua Penerangan PGRS Datuk Nizam semasa menjelaskan kedudukan sebenar Warisan, bahwa sambutan rakyat Sabah terhadap parti Warisan semakin hari semakin suram.
Sebelum itu Shafie mendakwa konon wakil rakyat Warisan yang meninggalkan parti dibeli oleh GRS.
Dakwaan Shafie itu dinafikan oleh pemimpin GRS dan mencabarnya agar segera membuat laporan Polis dan SPRM namun sehingga hari ini tiada satu pun laporan yang dibuat.
Alah Aziz, tiada pihak yang wajar ditakutkan apa lagi parti Warisan. Jangankan setakat dalam bentuk kenyataan politik, dalam pilihan raya sekalipun, GRS sentiasa menunggu masa untuk menguburkan Warisan.
Jangan lupa, tidak pernah sekalipun Warisan memenangi mana mana pilihan raya baik negeri mahupun umum.
Bukan kah dalam pilihan raya umum baru ini Warisan hanya mendapat tiga kerusi parlimen, walaupun sebelum itu beberapa wakil rakyat dan ahli-ahli Warisan bertindak meninggalkan parti? Maksudnya apa, maksudnya orang memang meninggalkan Warisan dan ia atas kehendak diri mereka setelah melihat kelemahan dan kegagalan Warisan baik sebagai parti mahupun sebagai kerajaan negeri Sabah.
Si Aziz Jamman lupa kah di Parlimen Sepanggar sendiri. Selang beberapa hari Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah. Beberapa ahli-ahli Warisan dan AJK Bahagian Sepanggar bertindak meninggalkan parti Warisan. Justeru itulah kenapa Warisan Sepanggar bungkus dalam pilihan raya umum baru baru ini.
Kekalahan yang begitu besar pun masih belum mampu mengubah kesombongan kepimpinan Warisan. Bha tidak apa, kali ini kita benam dalam dalam.
Jadi Aziz, tidak ada kaitannya akta lompat parti dan penolakan rakyat ke atas Warisan. Nampak sudah kah?
Di Sabah, Warisan adalah Nothing to lose iaitu tidak ada yang dibimbangkan, apa kah persaingan itu akan membawa kerugian atau keuntungan pada mereka. Kalau kemenangan atau untung itu adalah bonus.
Hakikatnya Warisan selaku pembangkang tidak memikirkan pembangunan negeri Sabah. Berbeza dengan GRS selaku kerajaan negeri Sabah, wajib fokus di dalam membangun negeri Sabah dan melaksanakan pelan pembangunan yang telah dirancang.
Mencabar dan membuat kenyataan politik hanyalah retorik atau saki baki senjata Warisan. Dalam erti kata lain hanya dengan cara membohong atau menipu memungkinkan Warisan diundi balik oleh masyarakat.
Tidak ada cara lain dalam usaha Warisan menarik balik kepercayaan rakyat Sabah selain berlagak kuat dan menyebarkan propaganda bohong.
Tinggalkan Jawapan