Untuk ke sekian kalinya pembangkang menyebarkan propaganda fitnah, bertujuan memburukkan kerajaan negeri sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan GRS berhubung geran komunal adalah untuk kebaikan Rakyat Sabah tidak lebih dari itu.
Tidak seperti yang dilakukan oleh kerajaan Warisan, menukar geran komunal menjadi geran persendirian. Sedangkan kesannya jauh lebih buruk berbanding geran komunal.
Telah terbukti selama ini beribu ekar tanah yang diberikan dalam bentuk geran persendirian telah dijual kepada pihak tertentu. Hari ini mereka hanya mampu mendabik dada sebagai penduduk tempatan, walhal bangunan komersial yang berderet di tepi jalan milik pembeli tanah mereka yang bukan bumiputera pun.
Lama kelamaan bumiputera hanya mampu menuntut bumi ini milik mereka tapi hakikatnya sudah menjadi milik orang. Hampir pasti kuburan mereka di kencingkan oleh generasi akan datang.
Untuk penjelasan, mana lebih baik geran komunal atau geran persendirian (NT) klik link dibawah.
Semoga selepas ini tidak ada lagi yang percaya politik Warisan, memang tidak boleh pakai kok itu.