Warisan Kecewa Marah Sebab Tidak Dianggap Kerajaan GRS

Alamak untuk yang kesekian kalinya pemimpin-pemimpin Warisan kantoi BERBOHONG.

Kenapa sejak Warisan balik jadi pembangkang semakin kuat berbohong, mungkin kerana terdesak hingga tidak sedar diri?

Semalam Isnaraissah Munirah (Warisan-Kota Belud) berkata, kerajaan perpaduan perlu berfungsi di peringkat persekutuan dan negeri. Memandangkan Warisan antara pihak yang paling awal menyokong Kerajaan Perpaduan diperingkat Persekutuan.

Ya betullah tapi kewujudan Warisan disana ibarat ada tidak ada sama saja yakni sikit pun tidak mengurangkan keabsahan Kerajaan Perpaduan.

Dia berkata begitu ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Satu satunya Ahli Parlimen luar dari Semporna yang memenang jawatan ahli Parlimen pada pilihan raya umum 2022.

Dulu Warisan hanya ada 5 ahli Parlimen, selepas PRU15 semakin mengurang tinggal 3 kerusi. Dua kerusi lagi hilang, salah satunya angkara Parlimen Penampang iaitu Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

Entah apa tujuan Ahli Parlimen Kota Belud membangkitkan isu ini. Berniat mengelirukan rakyat dengan harapan rakyat Sabah akan jatuh simpati dan beranggapan Warisan telah dianiya?

Tidak semudah itu mengelirukan rakyat Sabah wahai Warisan oiii. Rakyat Sabah sedar perjalanan politik Warisan dari membeli 5 Adun BN sehingga kerajaan Warisan tumbang. Jadi tidak usahlah terlalu beretorik!

Kenapa Warisan bukan dalam kerajaan GRS, Sabah? ini kerana mereka bukan ahli dalam gabungan GRS yang bertanggungjawab membentuk kerajaan negeri Sabah dan melantik Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Warisan adalah pembangkang, sebab itulah baru baru ini cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari Datuk Hajiji Noor.

Dimana Warisan dan UMNO diketuai Bung Mokhtar cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Tapi digagalkan bila lima Adun UMNO Sabah tidak menyokong Bung Mokhtar yang bersekongkol dengan Warisan.

Habis itu, kenapa pula Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah mempersoal kedudukan mereka dalam kerajaan negeri? Nah rayang dia ingat pemimpin dan penyokong GRS begitu naif hingga lupa kejahatan Warisan.

Apapun bentuk kerajaan Perseketuan namun GRS tidak akan dapat menghalalkan Warisan diperingkat negeri Sabah.

Warisan sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Mula dulu membeli lima orang Adun BN untuk membentuk kerajaan negeri terbaru cuba merampas kerajaan negeri dengan cara haram. Hari ini Warisan berlakon seolah olah tidak pernah menyakiti hati orang lain.

Saya ingat UMNO saja yang tidak ada rasa malu, rupa-rupanya Warisan lagi teruk, siap menuntut yang dipertuan Agong agar mereka dianggap kerajaan oleh GRS. Bikin malu kumpulan saja.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: