
Tengah hari tadi terserempak dengan Setiausaha Agung Parti Warisan Loretta Padua.
Saya mahu beli Americano dia pula sedang menelefon entah dengan siapa. Yang saya nampak selepas kami bersalam, dia terus berjalan ke halaman kedai sebelah meneruskan perbualannya.
Ya kami bersalaman.
Sampai saja saya di bilik, saya terbaca kenyataannya yang mempertikai kenyataan Ketua Penerangan GR Nizam Titingan yang mencabar Shafie agar mengeluarkan bukti dan membuat laporan SPRM jika sekiranya benar. Supaya siasatan segera dijalankan ke atas tiga Adunnya yang meninggalkan Parti Warisan.
Tidak perlulah setiausaha Agung Warisan membackup perkara yang jelas fitnah, sekalipun fitnah itu datang dari Presiden parti sendiri. Buang masa kamu saja lebih baik paksa atau desak Shafie agar segera membuat laporan. Lagi cepat lagi bagus. Supaya rakyat Sabah nampak siapa selama ini yang kemaruk kuasa.
Adakah patut seorang Presiden parti dan bekas Naib Presiden UMNO Malaysia membuat kenyataan yang tidak demokratik, ini kerana mengalihkan sokongan adalah hal yang biasa dalam politik, nama juga politik. Dulu UMNO bermusuhan dengan DAP tapi hari ini tampak Zahid menjadi hero mereka.
Begitu juga dengan Warisan bermusuh ketat dengan UMNO tapi hari ini malah bersekongkol cuba merampas kerajaan negeri.
Ini kan setakat Adun mengalihkan sokongan, pula yang dijadikan isu besar. Kalau pun tiga Adun itu kekal bersama Warisan bukan juga nanti Warisan menjadi kerajaan. Habis itu bagaimana dengan penyokong atau pengundi dikawasan mereka? prihatin lah sikit jangan samakan semua orang dengan pengundi totok Warisan Parlimen Semporna.
Setakat kenyataan seperti itu pastinya tidak dapat menyelamatkan Presiden Warisan, Shafie dari di cop oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin yang tidak berintegriti dan tidak berkredibiliti.