
Kalau ada yang belum tahu contoh istilah cakap tidak serupa bikin atau mengada-ngada.
Kamu perhatikan kenyataan dan karikatur askar upahan Warisan berhubung banjir yang melanda Penampang baru baru ini.
Kamu sedia maklum kan, Warisan pernah menjadi kerajaan negeri Sabah dan Timbalan Presiden Warisan waktu itu sama sehingga hari ini iaitu Darell Leiking yang jugak Ahli Parlimen Penampang dan pernah berjawatan Menteri penuh dalam kerajaan Pakatan Harapan. Namun dijatuhkan oleh masyarakat dalam PRU 2022.
Maksud saya Warisan sendiri gagal menanggani bencana banjir di Penampang. Sedangkan banjir Penampang termasuk dalam propaganda Warisan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 atau setiap kali pilihan raya.
Hari ini Penampang mengalami banjir yang cukup signifikan. Tapi yang dipersalahkan oleh pemimpin dan askar Warisan ialah kerajaan GRS dengan mempersendakan slogan Sabah Maju Jaya. Mana logiknya?
Adakah mereka lupa Warisan pernah menjadi kerajaan negeri Sabah sebelum ini dan slogan Sabah tidak berjaya sedikit pun membawa perubahan.
Ada beberapa karikatur berkaitan banjir yang dicipta oleh laskar Warisan yang bertujuan untuk mengaitkan banjir di Penampang dan kerajaan GRS, walaupun mereka tahu ia berunsur fitnah atau bohong.
Saya tidak tahu adakah masyarakat Sabah terpengaruh dengan hujatan dan karikatur askar Warisan. Saya berpendapat mustahil nah jika tidak ia hanya menunjukkan kerendahan akal mereka. Ini kerana yang mengata kerajaan GRS adalah golongan yang telah diberikan peluang sebagai kerajaan namun gagal.
Flyover Sepanggar yang menjadi karikatur telah memberi banyak manfaat kepada pengguna jalan raya dimana pembinaannya diteruskan oleh kerajaan GRS. Sebaliknya semasa kerajaan Warisan pembinaan projek Pan Borneo ini dihentikan. Tapi di persenda sepatutnya bersyukur kerana tanpa kerajaan GRS tidak mungkin flyover itu wujud sekaligus dapat menyenangkan masyarakat.
Jangan jangan yang paling ramai melalui flyover itu adalah totok totok Warisan. Hahaha!

Kesian kepimpinan Warisan cuba bercakap terbalik sedangkan masyarakat Sabah tidak akan lupa kegagalan mereka, baik sebagai parti mahupun sebagai kerajaan negeri. Berapa orang meninggalkan Warisan ketika Warisan menjadi kerajaan negeri? jangan cakap soal pembangunan kerana hanya batang tiang rumah yang mereka janjikan pun gagal ditunaikan.
Hakikatnya banjir yang terjadi di Sabah khususnya di Penampang berhubungkait dengan fenomena alam dan bentuk muka bumi, jadi ia memerlukan masa yang panjang dan kewangan yang banyak untuk menyelesaikannya. Sedangkan dalam masa yang sama banyak lagi keperluan rakyat yang menunggu untuk dipenuhi seperti prasarana di peringkat daerah, kampung, menyediakan peluang ekonomi dan sebagainya.
Saya jadikan fenomena alam dan bentuk muka bumi sebagai alasan sebab Presiden Warisan juga yang cakap.
Shafie mendakwa banjir yang berlaku di Penampang berpunca dari kesan pembalakan dimana air melimpah dari Keningau. Alasan Presiden Warisan, macam mana tu, kalau begitu kenapa pula kerajaan GRS yang dipersalahkan?