Permohonan Maaf UMNO Sekaligus Berdamai Dengan GRS Diterima Dengan Syarat

Prinsip politik Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor jelas untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah. Bahawa tidak ada dendam dalam politik yang ada hanyalah kepentingan rakyat dan negeri Sabah yang menjadi keutamaan kerajaan GRS.

Ertinya permohonan maaf UMNO selepas gagal merampas jawatan Ketua Menteri Sabah bersama Shafie Apdal dari GRS, diterima dengan syarat yang ditentukan oleh GRS.

Boleh lagi dimaafkan para politik songkok tinggi tapi munafik tu ya. Terpujilah kepimpinan GRS Sabah masih sanggup memaafkan orang yang telah menikam secara terbuka.

“Dalam politik ini janganlah dendam-dendam, yang penting untuk kepentingan rakyat dan juga Sabah.

“Itulah tujuannya pemimpin-pemimpin ini supaya fokus kepada penyatuan rakyat, perpaduan dan juga pembangunan negeri supaya aktiviti ekonomi bertambah rancak dan rakyat akan mendapat manfaat,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani semalam di Kota Kinabalu.

“Kita tiada masalah, yang penting ia baik untuk rakyat serta negeri Sabah. Saya terbuka dalam hal seumpama ini kerana niat saya untuk sejahterakan rakyat dan satupadukan rakyat.

Memang begitu pemimpin yang mengamalkan politik matang. Lebih banyak bekerja dari bercakap tidak seperti Bung Mokhtar dan Shafie Apdal pandai bercakap dan berdrama tapi hakikatnya cakap tidak serupa bikin.

Dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah, apa yang rakyat Sabah dapat? begitu juga degan Bung Mokhtar yang diberikan jawatan Menteri JKR, adakah dia berjaya membaiki jalan rosak? tidak ada malah laskar Warisan menjadikan jalan Kinabatangan bahan mereka di media sosial. Warisan juga bertanggungjawab menghentikan projek Pan Borneo menyebabkan tertunda hampir dua tahu, sama umur dengan Warisan sebagai kerajaan negeri Sabah.

Semalam Zambry dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia datang menghadap pimpinan negeri di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. Bagi menyatakan permohonan maaf sekaligus menyatakan sokongan UMNO dan mendukung pentadbiran kerajaan negeri Sabah atas alasan bodoh kononnya kerajaan perpaduan dipraktikkan di peringkat Persekutuan.

Pai Ulung lagi parti Warisan, mereka dan UMNO yang cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS, tapi begitu cepat UMNO menceraikan Warisan. Bila tidak di ajak dalam perundingan berkenaan.

UMNO terbukti tamak dan tidak amanah bila membiarkan Warisan keseorangan. Hahaha

UMNO adalah sebuah parti usang yang loser tapi lagi loser parti Warisan walaupun baru berumur setahun jagung.

Nasib baik para pembohong dan kaki makan hak orang tidak menjadi kerajaan negeri, kalau tidak hanya Ninja yang lalu lalang di atas jalan raya.

Berurusan dengan pemimpin munafik dan tidak ada lagi perasaan malu memang sulit tapi itulah asalkan pula penjahat dan kuncu kuncu mereka tidak lagi memandai dalam politik Sabah. Orang kata lain kali, kalau busuk hati jangan berpolitik nanti penyokong Warisan dan UMNO ikut busuk hati, begitu juga jika bodoh, jangan ikut berpolitik nanti pengikut dibawah hanya menggigit jari, walaupun segala kebodohan mereka yang tanggung.

Yang dimaksudkan dengan politik ialah bagaimana undi yang telah diberikan oleh rakyat bermanfaat kepada mereka sekaligus bermanfaat kepada negeri. Ini yang menjadi prinsip perjuangan parti Gagasan Rakyat Sabah (GR) yang menjadi gabungan GRS.

Kamu nampak tak keberadaan UMNO di Sabah, sampaikan tahap menyelamatkan diri pun UMNO Malaya yang tolong aturkan. Ibaratnya pemimpin-pemimpin UMNO Sabah sama dengan burung Tiong. Hala tuju politik mereka pun benar benar berpandukan apa yang telah di hafal berdasarkan skrip yang ditentukan oleh UMNO Malaya.

Tidak pernah saya tengok manusia manusia politik yang begitu memalukan selain UMNO.

Dalam gambar yang sedang mencari jalan damai. Kelihatan seorang pemimpin PKR diapit oleh dua pemimpin UMNO. Kalau kehadirannya benar benar mewakili Anwar Ibrahim maka bodoh sangatlah politik Anwar Ibrahim. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading