
Cerita terbaru UMNO Sabah, selepas gagal merampas kerajaan negeri Sabah dari GRS bersama musuh abadi mereka, parti Warisan.
Semua orang tahu UMNO dan Warisan saling bermusuhan, walaupun mereka sendiri tidak ada kekuatan dan tidak lagi diterima oleh rakyat Sabah.
Cuba beradu siapa yang lebih cerdik dan prihatin walhal sebenarnya mereka ibarat bermain kong kalikong.
Permusuhan mereka bukan biasa biasa tapi sampaikan “membabikan” bangsa dan keturunan mereka. Dahsyat memang tapi itulah ketamakan telah menyatukan mereka, namun sejauh mana mereka boleh bertahan, kita tengok.
Pihak Warisan mendakwa UMNO adalah pencuri kerna berdekad mereka mengambil kekayaan Sabah dan dibawa ke Malaya. Mereka lupa Shafie adalah bekas pemimpin UMNO yang berjawatan Naib Presiden UMNO Malaysia.
Hakikatnya siapapun penyokong Warisan yang menghina itu, mereka tidak layak membuat kenyataan seperti itu. Sebab isteri Presiden Warisan itu sendiri dari golongan yang mereka maki hamun dan keji iaitu orang Malaya.
Propaganda Warisan semakin melarat bila mana Ahli Parlimen Kimanis sendiri menyarankan pada kerajaan PH pada waktu itu agar mengaut lagi kekayaan Sabah. Hahaha, bodoh piang. Cuba menganjing tapi tidak sesuai dengan situasi yang memanas ketika itu.
Makanya sentimen membenci orang orang dari Malaya aka UMNO terus subur sehingga hari ini malah menjadi modal sebahagian penyokong dan pemimpin Warisan. Ia bagi memastikan parti Warisan terus relevan dikalangan orang orang bandar dan kampung yang cetek pemikiran.
Begitu pula dengan UMNO mendakwa kepimpinan Warisan iaitu Shafie bukan siapa siapa tanpa UMNO yang telah mengangkatnya dari dikalangan yang hina menjadi orang yang berada dan agak dihormati dalam politik. Dalam erti kata lain dari A sampai Z kekayaan dan kesenangan Shafie dan orang orangnya datang daripada UMNO.
Begitu panas dan tampak tolol permusuhan mereka. Macam orang yang tidak bertamadun pun jelas ada.
Berbalik pada isu pokok.
Rentetan rampasan kuasa atau langkah Kinabalu yang gagal. Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar dipecat dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan memaksa orang orang UMNO yang ber jawatan dalam kerajaan negeri melepaskan jawatan.
Selepas pilihan raya umum 2018 UMNO menjadi pembangkang.
Nasib baiklah berlaku pilihan raya negeri 2020 yang disebabkan oleh Bersatu Sabah. UMNO waktu itu hanya goyang telur macam taiko pencen semut pun tidak takut. Tapi semasa pembahagian kerusi mereka pula yang mahu lebih dari Bersatu. Nasib baik sentimen masyarakat Sabah waktu itu sedang memuncak sampaikan tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas.
Nah semalam di rumah kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. UMNO Sabah yang diwakili Zamri Kadir dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang paling dibenci oleh pengundi. Telah menghadap kepimpinan GRS tujuan mereka supaya kesalahan langkah Kinabalu dimaafkan dan GRS UMNO mencari jalan damai. Muka tidak pandai malu sudah pun menikam kawan secara terbuka tapi masih mampu berlagak seolah olah tidak ad apa yang berlaku.
Mereka ingat orang Sabah ni dayus kah. Benar benar pemikiran pemimpin UMNO sudah dimakan sumpah menyebabkan tidak ada lagi rasa malu dan rasa bersalah, baik terhadap diri mereka, apa tah lagi orang lain.
Pemimpin UMNO dan pengikut mereka tidak akan hidup tanpa jawatan dalam kerajaan. Jawatan yang sandang bukan hanya untuk mendapatkan gaji bulanan tapi digunakan sebagai platform untuk mencuri.
Tidak ada kedudukan dalam kerajaan, memastikan lagi Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar yang dibicarakan di Mahkamah akan merengkok dalam penjara.
Saya sngat setuju,org sabahan guna pakai parti TEMPATAN sahaja,bersatulah dalam payung GAGASAN RAKYAT SABAH…LIHAT SARAWAK …PEMIMPIN MEREKA TIDAK TAMAK KUASA DAN KEKAYAAN…TAK LAMA LGI MEREKA MAJU DAN SABAH MASIH LAGI MEMBUAT PERAHU UTK BELAYAR.
LikeLiked by 1 person
Tolak umno
Tolak warisan
Tolak usno
Tolak perti malaya
Usahakan macam sarawak
LikeLike
Apa pula kena mengena dengan USNO di sini?
Mabuk mungkin ko ni kan bro….
LikeLiked by 1 person