Alasan Bodoh Zambry Kenapa UMNO Berdamai Dengan GRS

Selepas UMNO Sabah gagal merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji. UMNO melalui Zamry Kadir dan entah siapa nama pemimpin UMNO tu, merayu supaya menerima UMNO sebagai kerajaan negeri atas alasan UMNO juga sebagai kerajaan diperingkat Persekutuan.

Apa lagi kerajaan persekutuan telah mengwujudkan jawatankuasa untuk merealisasikan kerajaan perpaduan diperingkat negeri negeri.

Begitulah alasan bodoh si Zambry Kadir.

Alasan UMNO adalah kerajaan perpaduan di Persekutuan hanyalah naratif bohong agar dapat memanjangkan hayat UMNO di Sabah. Mereka sedar hanya dengan kedudukan sebagai kerajaan sekaligus memikul jawatan, baru mereka berkeupayaan mengekalkan sokongan walaupun sebelum sebelum ini UMNO juga kerajaan tapi setiap kali pilihan raya kerusi UMNO terus berkurangan.

Warisan juga berada dalam kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan tapi di Sabah kekal sebagai pembangkang. Habis kenapa pula UMNO mengasingkan diri sedangkan sebelum ini mereka berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan negeri GRS.

Hakikatnya tanpa UMNO sekalipun kerajaan GRS boleh berdiri sendiri. So tidak menjadi beban jika UMNO menjadi musuh GRS hingga pilihan raya negeri akan datang.

Kita bayangkan begini, anda dianiaya dan dipukul atau keroyok beramai ramai, menyebabkan anda cedera parah tapi sempat menyelamatkan diri. Keesokan harinya orang yang mengerjakan anda datang memohon maaf dan ingin dianggap sebagai sahabat dunia akhirat. Apa perasaan anda dan keluarga terdekat? ini contoh kecil berbanding kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO bersama Warisan ke atas kerajaan negeri Sabah, cukup sampai hati dan sangat jahat.

Perangai pemimpin UMNO sama dengan atitud binatang liar. Bukan kah dalam dunia binatang, anak yang dilahirkan dan dibesarkan boleh menjadi musuh dan yang jantan bebas “mengerjakan” betina walaupun itu ibu atau anaknya.

Bayangkan pula sekiranya mereka berjaya apa akan jadi pada kepimpinan GRS dan masyarakat yang berlindung dibawah mereka? Tidak dapat saya bayangkan, kekacauan apa yang akan meletus.

Begitulah gambaran betapa kejinya pemikiran dan sikap pemimpin UMNO.

Pertanyaan lain bagaimana jika sekiranya UMNO berjaya merampas kuasa, adakah wakil wakil rakyat GRS akan dipandang dan jika ingin berdamai atas alasan kerajaan perpaduan akan dilayan?

Tidak akan dilayan malah laskar upahan UMNO akan menghujat wakil wakil rakyat GRS dengan berbagai kenyataan yang merendahkan kredibiliti mereka.

Tengok apa berlaku di Perak. Setelah UMNO berjaya merampas jawatan Menteri Besar dari Bersatu. Sehingga hari ini Bersatu dikecam seolah olah Bersatu yang merampas kuasa daripada UMNO. UMNO politik anjing harap songkok saja tinggi. Benar nasihat Saidina Ali dibawah.

Kejelekan UMNO sama dengan Warisan. Ini kerana walaupun mereka sedar UMNO adalah musuh tradisi tetapi boleh pula bekerjasama dengan UMNO membuktikan ketamakan Warisan, sungguh tamak dan gelojoh.

UMNO dan Warisan adalah dua entiti yang sangat berbeza. Warisan bercakap soal kononnya hak hak Sabah atau kenegerian sedangkan UMNO meniagakan bangsa Melayu di peringkat kebangsaan untuk kepentingan UMNO dan pemimpinnya.

Akhirnya begitulah politik bila terlalu tidak amanah, yang dikejar separuh mati rupanya fatamorgana. Hahaha!

UMNO kalah pada pilihan raya umum yang ke 14 tapi boleh menjadi kerajaan malah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia atas bantuan Bersatu. Bila mana UMNO menarik sokongan atau tidak lagi menyokong Muhyiddin menyebabkan Ismail dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

Di Sabah, semasa kerajaan Warisan, UMNO adalah pembangkang tapi tidak terlibat menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri Sabah 2020. Tapi menuntut supaya lebih kerusi diberikan pada mereka. Nampak tak sialnya UMNO ni.

Walaupun kalah Bung Mokhtar dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri itupun tidak bersyukur sehinggalah Bung dipecat dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Saidina Ali ada berpesan sesiapa yang telah kau beri kebaikan lalu ia membalasmu dengan kejahatan maka ia telah menunjukkan peribadinya kepadamu akan kenajisan asal-usulnya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: