Ahli Parlimen Warisan Keluar Parti, Semoga Menjadi Kenyataan

Usai solat subuh tadi pagi atau sebelum saya sedar saya menerima satu masej ringkas yang mendakwa seorang Ahli Parlimen dari pantai barat bakal meninggalkan Parti Warisan.

Kebetulan Ahli parlimen yang dimaksudkannya itu baru saja saya kritik di blog ini.

Semoga berita ini menjadi kenyataan. Bukan apa, kalau sudah diperlakukan seperti orang yang tidak pengaruh dan tidak berpendidikan, nah lebih baiklah tinggalkan parti tu.

Warganegara yang merdeka lagi berpendidikan adalah sedar soal hak mereka sebagai rakyat yang boleh menentukan masa depan negeri bangsa ke arah kemajuan dan keharmonian.

Warganegara yang merdeka dan berpendidikan tidak terikat pada satu parti apa lagi parti itu telah terbukti gagal merealisasikan perjuangan atau slogan mereka. Justeru slogan perjuangan selalu berganti hanya kerana slogan sebelum itu gagal atau tidak cekap ketika melaksanakannya.

Keputusan pilihan raya umum baru baru ini juga menunjukkan Warisan tidak lagi diterima oleh majoriti rakyat SABAH, bila mana hanya mendapat tiga kerusi itupun dua kerusi yang dimenangi di pantai timur menang atas sebab sentimen semata-mata atau atas tujuan yang akhirnya akan menggugat keharmonian. Bukan selepas mendapat pertimbangan dari akal yang waras atau tahu apa sebenarnya yang berlaku diluar sana.

Ini bukan provokasi sebaliknya menjadi pembuka jalan bagi wakil wakil rakyat Warisan untuk terus meninggalkan parti yang tidak terurus sehingga yang bodoh terus khayal dan menjadi alat kepada golongan yang sebenarnya tebal sentimen perkauman mereka.

Saya teringat satu cerita lama sebelum ini ada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bekas bodyguard Shafie. Oleh kerana waktu itu saya salah seorang pengkritik Warisan, kami pun berselisih pendapat.

Dalam diam rupanya dia sudah menjadi ayahanda kepada satu NGO. Lalu dia menghantar masej pada orang orangnya agar mencari saya. Tahu tahu dia dibalas oleh orangnya, kau kenal kah siapa Jalin tu. Mulai dari saat itu tidak lagi saya nampak dia berlagak di media sosial.

Baru ini saya mendapat berita yang si tolol itu telah ditangkap oleh Polis kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah syabu.

Apa moralnya, ternyata ramai golongan jahat yang menjadi penyokong tegar Warisan. Dan sudah berapa ramai remaja menjad mangsa mereka.

Mana mana wadah yang bakal menjadi sarang parasit harus dilemahkan biar lenyap dengan sendirinya dari bumi Sabah. Jangan sampai tanpa kamu sedari, kamu menjadi benteng kepada kegiatan jahat mereka yang rugi bukan siapa siapa tapi masyarakat Sabah secara keseluruhannya, jika mereka berkuasa.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: