
Bukan niat untuk mencampuri parti sampah ni, sebaliknya ingin menjelaskan kepada rakyat Borneo bahawa UMNO tidak lagi sesuai untuk kita.
Perhimpunan Agong UMNO kali ini hanya untuk satu tujuan iaitu memastikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
Sebabnya orang babau pun tahu, hanya jawatan Presiden UMNO yang dapat menyelamatkan maling UMNO dari hukuman penjara. Seperti mana Najib Razak.
Zahid Hamidi dan Tok Mat sedar jika jawatan mereka dipertandingkan maka mereka akan kalah teruk dan tersisih. Maka mudahlah bagi musuh mereka yang terdiri dari pemimpin UMNO itu sendiri memijak mereka hingga penyek.
Oleh kerana itulah perhimpunan Agong kali ini hanya bertujuan untuk menuntut satu perkara iaitu menyelamatkan Zahid Hamidi dan Tok Mat dari jawatan masing-masing.
Dalam erti kata lain Zahid Hamidi dan Tok Mat telah kehilangan telur namun berjaya memperjudikan nasib bangsa Melayu melalui parti UMNO.
UMNO memalui Ketua UMNO Bahagian Jerai, si Makcik Normah Awang mencadangkan supaya pemerintah menilai dan mengubah semula had umur mengundi 18 tahun.
Kerana menurut Makcik itu tahap kematangan golongan 18 tahun masih berada di tahap rendah.
Begitulah alasan golongan yang sebenarnya tidak kisah dengan nasib bangsa mereka, sebab mereka tahu Zahid Hamidi telah pun dihadapkan ke Mahkamah kerana rasuah tapi tetap dipertahankan.
Hidup Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Yahoooo!
Benar benar Zahid Hamidi mentaliti bekas yang tidak ada semangat negara bangsa. Samalah tu dengan Bung Mokhtar.
Justeru itu tugas utama rakyat Sabah selepas ini ialah menolak UMNO jauh jauh. Hakikatnya UMNO sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan bangsa Melayu. Kalaupun bangsa Melayu tidak lagi terbela sebaliknya hanya menjadi alat, apa lagi bangsa Sabah yang bukan Melayu ini. Hahaha!
Mereka lupa negara ini adalah milik generasi yang akan datang yang layak menentukan hala tuju nasib mereka. Bukanya UMNO yang sudah berulang kali kantoi tidak amanah hingga ada di antara mereka yang dihadapkan ke Mahkamah kerana rasuah. Seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar.
Oleh kerana itu adalah tidak wajar untuk menarik balik golongan berusia 18 tahun menjadi pengundi. UMNO memang sampah, GRS juga yang terbaik untuk bangsa Borneo.
Tinggalkan Jawapan