
Astaga benar benar politik UMNO Sabah atau Bung Mokhtar kelas kambing berbanding GRS. Bukan hanya kelas kambing tapi sebenarnya pengkhianat, akibat tidak ingin melihat orang lain tinggi dari mereka atau kedudukan semasa tidak mampu memuaskan nafsu jahat mereka.
Justeru jalan singkat harus dibina.
Tengok apa berlaku di Perak dan Melaka kerajaan sedia ada diganggu hingga terjadi pertukaran Menteri Besar Perak dan pilihan raya negeri Melaka terpaksa diadakan.
Sebelum ini Bung Mokhtar berkata bahwa belum ada tindakan dikenakan ke atas lima Adun UMNO yang tidak menyokongnya.
Lucu kan, sudah tahu lima Adun UMNO tidak menyokongnya sebagai Ketua Menteri Sabah tapi masih takut untuk melepaskan mereka. Apa hal?
Nampak sangat ketakutan. Bilang minum darah, darah ayam kah?
Ternyata taraf politik Bung sama dengan budak mentah, sebab itu ramai yang berpandangan tidak layak politik Bung dibandingkan dengan Tan Sri Musa Aman atau saja Datuk Hajiji Noor.
Di maklumi kepimpinan Tan Sri Musa Aman dan Datuk Panglima Hajiji Noor sanggup mengubah haluan parti asalkan nasib rakyat Sabah terbela dan tidak lagi mengikut telunjuk politik Malaya yang tidak menentu, apa lagi UMNO yang sentiasa dahagakan kuasa.
Pada 06 Jan baru baru ini, Bung Mokhtar aka UMNO Sabah telah mengumumkan keluar dari kerajaan GRS, walau bagaimanapun lima Adun UMNO tidak menyokongnya. Menyebabkan kompromi Bung Mokhtar dan Shafie untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor menemui kegagalan dan telah memalukan diri mereka bila mendapat kritikan negatif dari rakyat Sabah itu sendiri.
Ironinya bukan hanya gagal merampas kuasa kerajaan negeri tapi juga jawatan Timbalan Ketua Menteri yang disandang Bung Mokhtar terpaksa ditarik balik.
Orang tamak selalu rugi dan sepatutnya mulai saat itu UMNO Sabah dan Warisan sudah insaf dan sedar diri. Bahwa seolah olah Tuhan tidak lagi merestui mereka sebagai pemimpin yang kalau diizinkan hanya akan merosakkan negeri dan rakyat Sabah.
Jika benar Bung Mokhtar itu dihormati kerana dikira bermaruah oleh UMNO pusat, pastilah dia di berikan kuasa untuk melucutkan lima Adun berkenaan serta merta dari UMNO. Tapi rupanya sampaikan melucutkan orang yang tidak menyokongnya pun tidak ada kuasa. Sekadar badut yang selayaknya ditertawakan sebagai tanda menghormatinya.
Tinggalkan Jawapan