
Apa yang dimaksudkan oleh Shafie kononnya kerajaan GRS tidak ikut cakap Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentuk kerajaan negeri Sabah, GRS. Selepas cubaan rampasan kuasa oleh UMNO dan Warisan.
Sebelum ini Anwar bertegas bahawa dia menyokong penuh Datuk Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang berkonsepkan kerajaan perpaduan.
Apa itu kerajaan perpaduan? kerajaan perpaduan bermaksud parti yang memerintah terdiri dari gabungan parti yang menyokong kerajaan. Kalau tidak menyokong maka mereka tidak menjadi sebahagian dari kerajaan perpaduan, seperti mana di Sabah.
Di Semenanjung kerajaan perpaduan dapat direalisasikan sebab UMNO, GRS, GPS dan tiga ketul Warisan menyokong Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan Persekutuan. Maka dilantiklah Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan Ahli Parlimen parti parti berkenaan.
Berbeza dengan di Sabah, sememangnya Warisan tidak menyokong kerajaan GRS dan terbaru UMNO apa bila bersekongkol dengan Warisan untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS, Datuk Hajiji Noor, namun gagal.
Jadi wajar kah Warisan dan UMNO diberikan jawatan dalam kerajaan negeri walaupun tidak menyokong kerajaan GRS? Otak dan maruah Warisan telah di jual ke mana?
Kalau benar bagai dikata kenapa kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) sebagai Menteri, Timbalan Menteri atau sebarang jawatan dalam kerajaan. Memandangkan PN menyokong kerajaan perpaduan secara politik.
Tiba-tiba saya teringat cerita semasa Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Dimana parti Bersatu sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah.
Namun apabila Adun dari parti Bersatu memberikan cadangan berhubung pengurusan bantuan kebajikan kepada masyarakat Sabah pada waktu itu. Shafie selaku Ketua Menteri tidak bersetuju malah mengeluarkan kata kesat, kononnya dia tahu apa yang dia buat iaitu bagaimana untuk melaksanakannya, maka tidak perlulah Adun Bersatu memberikan cadangan.
Tapi pada hakikatnya kerajaan Warisan gagal mengagihkan bantuan pada masyarakat yang terjejas Covid 19. Terutamanya bantuan tunai yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Warisan pada waktu itu.
Hari ini Warisan yang kita tahu berstatus pembangkang dan baru baru ini cuba merampas jawatan Ketua Menteri daripada GRS. Tanpa segan dan malu mendesak supaya mereka dilibatkan dalam kerajaan GRS atas alasan kerajaan perpaduan. 😂
Tinggalkan Jawapan