
Penafian Naib Presiden Bersatu (PPBM) Sabah Dr Ronald Kiandee berhubung tindakan Gabungan Rakyat Sabah GRS yang menandatangani MoU bersama Gabungan Parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan, bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak sah, kerna menurut Ronald Bersatu tidak pernah berbincang mengenai MoU berkenaan.
Memang pun memandangkan GRS adalah sebuah parti sekaligus sama seperti parti Bersatu PPBM. Justeru itu tidak ada sebab kenapa perlu meminta izin sebelum mengadakan perundingan dengan mana mana pihak.
Pada hakikatnya GRS adalah sebuah gabungan yang sah dan sebuah parti politik. Baca link dibawah.
https://jalinluin.com/2022/03/13/kini-grs-pertubuhan-yang-sah-atau-rasmi/
https://jalinluin.com/2022/05/28/parti-gabungan-rakyat-sabah-grs-sebuah-parti-politik/
Pada Ronald Kiandee tidak perlulah kamu mempersoal sangat kedudukan GRS di Sabah nanti benar benar menjadi musuh kepada Bersatu atau PN yang akan menggigit jari kamu juga tu nanti.
Bersatu hanyalah parti yang bukan siapa siapa tanpa pemimpin Sabah yang sudah terbukti mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya tanpa mengira jenis tiket parti.
Untuk makluman tidak ada seorang pun calon di Sabah yang pernah bertanding atas tiket Bersatu. Ertinya Bersatu belum teruji sebagai parti yang diterima oleh rakyat Sabah.
Jangan bersikap seperti UMNO yang cuba memancing kepercayaan rakyat dengan kepartian, tidak berkesan pun. Malah akibat sikap itulah rakyat semakin menjauhi UMNO.
Rakyat hari ini ramai yang berpendidikan, mereka tahu di Amerika sana hanya ada dua parti yang bertanding tapi boleh pula parti yang memerintah silih berganti hasil undi orang yang sama.
Tinggalkan Jawapan