GRS Kini Parti Tempatan Total – Kitingan

Benar dakwaan Dr Jeffrey Kitingan kini GRS berstatsu parti tempatan total.

Ini kerana menurut admin bukan hanya kompenan GRS itu terdiri dari parti parti tempatan tapi juga kerana GRS itu sendiri adalah Gabungan yang berstatus parti politik.

GRS jauh beza dengan parti Warisan. Warisan sangat penuh dengan retorik politik, dimana walaupun mereka suka bercakap soal hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963. Tapi kita tahu kebanyakannya pendukungnya tidak layak bercakap mengenainya iaitu soal hak hak Sabah.

Bayangkan begini seorang pendatang asing tanpa izin menyokong Warisan dan bercakap soal hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Sejauh mana anda mempercayai mereka?

Mesti ada yang tidak kena seolah olah hanya memperalatkan parti Warisan untuk merampas hak orang lain atas nama politik, betul tak?

Apa lagi slogannya sering berubah ubah mengikut kesalahan yang mereka cuba tutup.

Seperti contoh semasa kerajaan Warisan pentadbiran kerajaan ini dikaitkan dengan pernyataan Sempornisasi dimana didakwa Ketua Menteri Shafie hanya menjaga orang perseorangan dalam kaumnya sedangkan orang lain yang lebih ramai terpinggir.

Oleh kerana itulah Sabah Unity diperkenalkan bagi untuk menutup Sempornisasi.

Justeru itu jugalah parti Warisan tidak dianggap parti tempatan. Tapi parti hanya untuk menjaga kroni Presiden Warisan yang berasal dari daerah Semporna.

Jadi pada orang Sabah, mari kita sama menjaga hak hak Sabah dari dirosakkan oleh anasir luar bertopengkan parti Warisan.


KUALA LUMPUR: “GRS kini adalah parti lokal 100%, dan kita tidak mau lagi akan dihirit ke sana sini untuk dipergunakan sahaja oleh pemimpin-pemimpin atau parti-parti politik daripada Semenanjung. Kami mau menentukan nasib kami sendiri dan akan menyokong siapa sahaja parti politik, siapa sahaja perdana menteri di peringkat pusat, yang akan memberi perhatian kepada masalah-masalah dan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Wakil rakyat P180 Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata demikian dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Majlis Parlimen Kelima Belas di Dewan Parlimen hari ini.

Terlebih dahulu Kitingan menyatakan sebab-sebab utama GRS menyokong undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim iaitu antaranya ialah supaya politik dan Kerajaan Malaysia stabil dan dapat fokus kepada pembangunan dan permasalahan rakyat, fokus kepada isu-isu Sabah dan Sarawak, terutamanya MA63 sebagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk segera melaksanakannya.

“Kita tidak mahu Malaysia ini dilanda ketidakstabilan politik sehinggalah Perdana Menteri pun direbut-rebut, diputar-putar, dalam satu penggal, empat Perdana Menteri! Kita mahu kestabilan politik!

“Dan isu kestabilan politik boleh bermula pada hari ini untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri yang baru ini.

Kitingan juga memberi penjelasan tentang empat MP wakil parlimen daripada GRS.

“Mereka ini adalah wakil parlimen yang sah, bertanding atas ticket GRS, diberi watikah daripada GRS. Mereka telah menjadi ahli sebelum penamaan calon pun. Mereka telah pun meletakkan jawatan, dan telah menjadi ahli GRS pada 27 Oktober.

Katanya, berdasarkan kepada perlembagaan BERSATU, fasal 10 (10.2.3) mengenai pemberhentian atau pemecatan ahli, dinyatakan bahawa “Keahlian seseorang berhenti serta-merta apabila berlaku mana-mana ahli yang menjadi ahli kepada parti yang lain.”

Dengan demikian semasa penamaan calon pilihan raya, ahli-ahli parlimen ini adalah ahli GRS, dan bukan lagi ahli BERSATU.

“Maka itu tidak ada soal isu mereka ini dikenakan undang-undang antilompat.

Jelasnya lagi undang-undang antilompat hanya berlaku sekiranya seseorang itu sudah menang atas tiket sebuah parti lalu berpindah ke sebuah parti yang lain.

Kitingan sekali lagi menegaskan bahawa GRS yang hadir adalah GRS yang sah dengan sokongan dokumen-dokumen berkaitan.

G-Admin

Ikuti rakaman video ini.

https://fb.watch/hwSLdlh45_/

Published
Categorized as PPBM

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: