Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sebuah Parti Politik

Sebelum itu laungkan dulu dalam hati anda, hidup rakyat Sabah!, hidup GRS!.

GRS adalah sebuah parti, ingat tu sebuah parti hebat yang terdiri dari pelbagai ideologi parti.

Buat masa ini GRS terdiri dari parti Bersatu, PBS, STAR, SAPP dan USNO. Sikit hari lagi akan bertambah bila permohonan parti KDM dan PCS diterima atau disahkan.

Hari ini adalah detik bersejarah bagi rakyat Sabah kerana GRS adalah kesinambungan dari semangat pemimpin pemimpin Sabah yang terlibat dalam proses kemerdekaan dan dalam proses memeterai perjanjian Malaysia 1963.

Walaupun perjanjian 1963 tidak dihormati dan tidak ditunaikan oleh kerajaan persekutuan UMNO tapi sebagai masyarakat Sabah kita tidak boleh mengalah sehinggalah satu hari nanti sebahagian besar dalam perjanjian 1963 berkenaan berjaya ditunaikan.

Perlu diingat, mustahil UMNO merealisasikan perjanjian 1963 (MA63).

Sekalipun mati hidup semula UMNO tidak akan sanggup membebaskan Sabah kerana sedar Sabah adalah simpanan tetap dari segi politik dan kekayaan sumber alam. Tapi jangan mereka lupa dulu lain sekarang lain, yang dimaksudkan dengan simpanan tetap ialah bila simpanan tetap itu telah diperlakukan dengan baik, baik dari konteks politik mahupun ekonomi.

UMNO Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020 ada mengutarakan agenda Borneonisasi tapi setelah berjaya menjadi kerajaan tidak lagi agenda Borneonisasi menjadi keutamaan. Mungkin UMNO ingat orang Sabah jenis orang tidak ada harga diri hanya perlu diberikan gula gula sebagai harapan setiap kali tiba pilihan raya.

Hari ini tanggal 28hb adalah tarikh perasmian parti  GRS. Majlis berlangsung di SICC, Kota Kinabalu. Selepas ini GRS akan diperkenalkan sebagai sebuah parti.

Sebagai sebuah PARTI, GRS akan membentuk sayap sayap sebagai rangka organisasi dan mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Tidak seperti UMNO, UMNO diperkasakan setiap masa tapi tidak berani menggunakan logo UMNO setiap kali pilihan raya, sebaliknya menggunakan logo BN (Dacing). Kenapa tidak menggunakan logo UMNO, terutamanya bagi calon UMNO yang bertanding di Sabah?

GRS adalah parti yang akan memperjuangkan keberadaan Sabah dari semua aspek layaknya sebuah Wilayah yang bebas mentadbir mengikut kehendak rakyatnya, walaupun tetap berada dalam Malaysia.

Seperti mana kerajaan negeri Sarawak tetap berada dalam Malaysia tapi corak pentadbiran agak kritikal terhadap persekutuan, hinggakan gelaran Ketua Menteri mereka tukar menjadi Premier. Hebat tak, nah kita buat macam mereka. Hidup hanya sekali kawan, jangan lagi kita sebagai rakyat Sabah teragak agak untuk bersikap kritikal.

Kalau Sabahan tidak berubah maka apa yang kamu nampak hari ini, maka Sabah akan begitu sampai bila bila atau sampailah kamu digantikan oleh generasi yang akan datang.  Untung untung ada agenda segar yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS Sabah, Ketua Menteri Datuk Hajiji iaitu agenda Sabah Maju Jaya.

GRS sebuah perjuangan hanya melalui wadah ini Sabah akan maju dihormati.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: