Sabah Ubah Tolak Malaya Terbukti Pembohongan Warisan

Rasmi sudah kerajaan ini dipanggil kerajaan perpaduan bila Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak menandatangani perjanjian permuafakatan antara Gabungan dibawah kerajaan perpaduan. 

Walaupun ada pihak yang mendakwa ada unsur paksaan supaya kerjasama berkenaan dimeterai. Sejauh mana kebenarannya, kamu cari sendirilah kesahihannya.

Yang pasti ada yang cukup menjengkelkan dan agak melucukan mereka yang mengikuti perkembangan politik Warisan berhubung retorik mereka soal perjanjian Malaysia 1963.

Dua tahun sebelum pilihanraya ke-14 yang lalu adalah masa yang paling rancak bagi pemimpin dan jentera Warisan mempropagandakan perjanjian Malaysia melalui slogan Sabah Ubah sekaligus menolak sebarang unsur politik dari Malaya, apa lagi ke atas parti UMNO.

Retorika tolak Malaya di dendangkan sehingga hari ini walhal Warisan turut bertanding di Malaya dan telah pun terbukti sebagai kerajaan Warisan gagal merealisasikan agenda Sabah Ubah atau tolak Malaya.

Iya lah mana mungkin pihak yang mendakwa diri mereka benar benar menuntut Perjanjian Malaysia secara total sedangkan bertanding di Malaya atau Semenanjung. Apa mereka ingat masyarakat Sabah ini bodoh kah? Itu namanya berani berbohong dan parti yang berani berbohong tidak boleh diberikan kepercayaan kali kedua.

Syukur masih ramai rakyat Sabah tulen yang bermaruah dan nampak pembohongan yang cuba diterapkan sejak dari awal, sebab itulah Warisan tidak pernah menang dalam mana mana siri pilihan raya.

Itulah sebabnya kenapa saya terlalu jengkel pada politik Warisan sampaikan menyebut namanya pun rasa merugikan.

Beberapa tahun yang lalu parti ini lantang mempromosikan agenda perjanjian Malaysia 1963 melalui slogan yang berubah ubah. Awal dulu dipanggil Sabah Ubah, Unity dan terbaru resit. Namun tetap tidak mendapat kepercayaan dari majoriti rakyat Sabah.

Ironinya sehingga saat ini penyokong Warisan masih melontarkan agenda Sabah Ubah dan menyerapkan rasa kebencian bukan hanya pada pentadbiran persekutuan yang  diterajui orang Malaya tapi juga ke atas orang orang  yang berasal dari Semenanjung terutamanya mereka yang berbangsa Melayu.

Sejujurnya saya pernah cuba membidasnya bahawa tidak layak penyokong dan jentera Warisan membangkitkan sentimen kenegerian, ini kerna isteri Presiden parti mereka itu berasal dari sana. Tapi tidak di hiraukan.

Dalam pilihan raya umum ke 15, baru baru ini pun presidennya terus berdrama. Kononnya bertanding secara solo yakni tidak bekerjasama dengan mana mana parti dari Malaya. Tapi lucunya orang yang mula mula mendakwa dirinya menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ialah dia juga. Hahaha!

Segala pembohongan dan retorik berhubung Sabah Ubah, tolak Malaya yang di canang oleh parti yang sinonim dengan PATI, akhirnya terbongkar dengan sendirinya. Bila Shafie turut hadir di Majlis menandatangan kerjasama dalam kerajaan perpaduan. Namun kerjasama itu hanya laku di peringkat Persekutuan manakala di Sabah Warisan kekal sebagai pembangkang.

Kelihatan di hujung sana Presiden parti yang tidak saya sebutkan disini cuba menonjolkan diri sebagai  sebahagian daripada kerajaan walaupun hanya berbekalkan tiga kerusi senget. Kelihatan dalam gambar tangan yang memegangnya tidak bersilang, semacam menggambarkan kamu tidak layak berada dalam kerajaan.

Saya boleh katakan begini, Tuhan tidak buta tidak juga bisu. Akhirnya retorik perjuangan Sabah versi Warisan terbukti bohong telah diketahui oleh rakyat Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: