Tiada Perlanggaran Perlembagaan Susulan Adun Bersatu Sabah Keluar Parti – Peguam Perlembagaan

Saya tidak tahu kalau sebelum ini Darell Leiking selaku mantan Ahli Parlimen Penampang bagi parti Warisan ada mengeluarkan kenyataan berkenaan tindakan 15 Adun Bersatu keluar parti dan kekal sebagai ahli dalam Gabungan Rakyat Sabah atau GRS.

Tapi berdasarkan kenyataan Peguam Perlembagaan dan Awam, Datuk Fuad Esq dibawah. Nampak disana si Darell Leiking kantoi tolol, maka tidak hairanlah kenapa dia kalah dalam pilihan raya umum yang ke 15 baru baru ini.

Mungkin si si Darell beranggapan tindakan 15 Adun Bersatu berkenaan menyebabkan kerajaan negeri bertukar dan Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah Hahaha!

Sebelum ini perlu kita ketahui rupanya 7 ahli Adun PH Sabah menyokong penuh kepimpinan kerajaan GRS. Itu bererti sebarang tindakan Warisan yang cuba menggugat kerajaan GRS Sabah, sikitpun tidak mendatangkan kesan, sekalipun BN Sabah dan Warisan berkompromi menggugat Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Kamu sebagai totok Warisan, sedar sedarlah bha. Balik kampunglah kamu tanam jagung, ada lagi faedahnya. Ini kerana menjumlah kerusi Adun untuk menggantikan kerajaan pun buta kayu.


Keputusan 15 Adun Bersatu keluar parti dan menjadi ahli GRS secara langsung tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Haji Hajiji Bin Haji Noor sebagai Menteri Besar.

Ini kerana gabungan GRS-BN kekal serasi dengan 46 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain keyakinan dan komitmen bekalan 7 ADUN Pakatan Harapan untuk menyokong Hajiji sebagai Menteri Besar. Difahamkan juga KDM (3 ADUN) dan satu pendirian bebas menyokong teguh kerajaan GRS-BN.

Berdasarkan jumlah ini, Hajiji jelas mendapat sokongan 57 ADUN – majoriti dalam 79 ahli Dewan dan dengan itu terus menikmati keyakinan Dewan mengikut Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah.
Sebagai jawapan kepada kenyataan akhbar baru-baru ini oleh Darrell Leiking (Warisan), 4 ahli parlimen GRS tidak akan kehilangan kerusi mereka akibat meninggalkan Bersatu. Ini kerana 4 ahli parlimen itu bertanding sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU 15 dan bukannya sebagai calon Perikatan Nasional atau Bersatu.

Oleh itu, tiada perlanggaran Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan sejak 4 Ahli Parlimen itu dipilih di bawah GRS.

Tengku Datuk Fuad, Esq
Peguam Perlembagaan dan Awam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: