Bersatu Tidak Ada Hak Ke atas Ahli Parlimen GRS

Empat ahli Bersatu Sabah Keluar Parti mesti mengosongkan kerusi masing masing jika perletakkan jawatan mereka diterima?

Mereka yang dimaksudkan ialah Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Soalnya diterima oleh siapa? Hata kalau parti Bersatu itu sendiri pun boleh dipersoalkan sebab empat kerusi yang dimenangi atas tiket GRS dan bukan atas tiket Bersatu. Jadi dimana rasionalnya Bersatu boleh menentukan hala tuju empat ahli Parlimen berkenaan?

Mari kita ukur dominan Bersatu di Sabah.

Di Sabah parti Bersatu melalui Perikatan Nasional tidak terlibat di dalam menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya umum ke 15. Buktinya Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee yang bertanding atas tiket PN atau Bersatu untuk Parlimen Beluran tidak mendapat sokongan dari Ketua Bersatu Sabah yang juga Ketua GRS Datuk Hajiji Noor ini kerana parlimen Beluran telah ditentukan untuk BN atas persetujuan diantara GRS dan BN.

Justeru adalah pendapat yang salah jika empat ahli Parlimen yang bertanding atas tiket GRS tidak diambil kira seperti pandangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang undang). Salah kok itu berapa ramai calon yang bertanding atas tiket Bebas tapi mereka masih menjadi ahli kepada mana mana parti. Dan kenapa tidak dipersoalkan dengan mengambil kerusi yang mereka menangi sebagai kerusi BN, PN atau PN dan sebagainya, ini kerana mereka masih menjadi ahli parti.

Kalau kita melihatnya dari konteks yang lebih luas iaitu sokongan atau undi yang dberikan ke atas calon yang bertanding maka kita akan dapati ramai dikalanganan pengundi masih menjadi ahli kepada parti tertentu tapi mengundi calon calon yang bertanding atas tiket Bebas dan parti lain seperti UMNO dan sebagainya.

Jadinya, kenapa kemenangan yang didapat melalui GRS tetap dianggap entiti yang sama dengan Bersatu.

Apa lagi selain keterangan diatas bukan kah ramai calon yang bertanding atas tiket UMNO dan PN kalah kepada calon Bebas?

Kalau ada yang percaya bahawa tidak yang tidak mustahil dalam politik maka pada kepimpinan Bersatu tolong jangan kecam tindakan meninggalkan parti Bersatu kerana kamu tidak tahu apa yang akan berlaku di masa masa yang akan datang.

Bagi lah pula peluang pada rakyat Sabah untuk berdikari hingga benar benar menjadi blok Borneo yang boleh menentukan masa depan mengikut acuan sendiri, seperti mana rakyat Sarawak. Soal sokongan diperingkat Persekutuan, GRS dan GPS akan menyokong apa pun parti yang boleh membentuk kerajaan dengan sedikit sokongan dari Sabah dan Sarawak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: