
Seperti biasa, Warisan akan terus kemaruk menyebarkan propaganda panas tapi bohong. Sekali baca macam ada kebenarannya tapi jika seseorang itu kuat daya ingatannya maka dia akan dapati kenyataan itu hanyalah pembohongan berulang yang cuba memperdaya pemikiran masyarakat Sabah.
Begitu jinak dan tidak malu kepimpinan Warisan dimana seolah olah tidak pernah terbukti gagal sebagai sebuah parti pemerintah negeri Sabah.
Hakikatnya rakyat Sabah telah pun memberikan peluang pada Warisan namun gagal memikul tanggungjawab. Jangankan membuat perubahan berdasarkan janji janji mereka itu sendiri, hanya untuk meneruskan usaha kerajaan terdahulu pun terkial kial hingga diejek oleh masyarakat Sabah sebagai kerajaan yang hanya pandai menumpang kesan kerajaan sebelum mereka dan hanya rajin mengadakan majlis pecah tanah.
Banyak janji mulut dan manifesto Warisan yang gagal mereka tunaikan dan saya boleh buktikan disini. Paling ketara kegagalan berhubung menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak hanya untuk menuntut cukai produk petroleum pun terkencing tatkala berhadapan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada waktu itu, oleh itu beliau mengingatkan kepimpinan Warisan agar selepas itu jangan lagi berani berani mempolitikkan Perjanjian Malaysia 1963.
Berbalik pada persoalan pokok…….
Ini bukan kali pertama kepimpinan Warisan mengaitkan parti mereka dengan agama, baik agama Islam mahupun agama Kristian.
Kalau ada yang masih ingat di awal kemunculan Warisan, dimana Shafie sampai ke gereja menyebarkan agenda Sabah Ubah. Disana Shafie mendakwa pemimpin-pemimpin PBS, PBRS dll tidak membela agama Kristian hanya kerana mereka menjadi komponen BN.
https://jalinluin.com/2020/08/14/awal-warisan-berpolitik-hingga-ke-gereja-cetus-perbalahan/
Baca juga link ini yang membuktikan sebenarnya Warisan perosak kepada agama Kristian bila seorang pastor menyatakan kegembiraannya setelah meninggalkan Warisan. http://Pastor gembira meninggalkan Parti Warisan
Shafie lupa kah, dia adalah mantan Naib Presiden UMNO Malaysia, justeru kenapa waktu itu dia tidak mempertahankan agama Kristian seperti dakwaan nya.
Tapi dalam masa yang sama tidak pula membela penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Sivil.
Dimana Shafie memprotes usaha kerajaan Perikatan Nasional agar kelulusan penggunaan kalimah Allah oleh Mahkamah Tinggi di kaji semula. Pelikkan Islam Shafie ini?
Baru baru ini calon Warisan untuk Parlimen Ranau, Markos Siton mendakwa Warisan dapat menyatupadukan dua agama, Islam dan Kristian seperti mana bahtera Nabi Nuh yang menyelamatkan orang daripada lemas.
“Dulu Nabi Nuh membebaskan rakyat yang percaya dari mati lemas, sekarang kita ambil ini bahawa bahtera Warisan ini akan menyelamatkan kita dari kemiskinan. Membawa kita belayar hingga ke Putrajaya, rampas Kerajaan” Katanya sambil memegang logo Warisan di baju beliau.
Dakwaan yang tidak berasas langsung, ini kerana bahtera Nabi Nuh digunakan untuk menyelamatkan orang orang yang beriman kepada Tuhan yang satu-satunya dan menolak kemungkaran, sedangkan parti Warisan di pimpin oleh orang orang sanggup mempolitikkan agama dan disokong oleh orang orang yang jahil dan naif tidak berilmu dimana sokongan mereka hanya akan membawa kemudaratan kepada negeri dan orang lain atau mereka yang tidak berdosa.
Kalau kamu jujur dan berani menyatakannya pasti kamu tahu dan bersetuju yang kerajaan Warisan telah berjaya merosakkan struktur masyarakat Sabah. Tidak perlulah saya nyatakan secara detail disini nanti pula GRS dianggap sempit dan kekitaan.
Markos Siton, kamu jangan lupa Presiden Warisan, Shafie Apdal pernah memegang portfolio sebagai Menteri KKLW selama dua penggal tapi gagal membawa orang Sabah keluar dari paras kemiskinan, mana kan tidak rumah PPRT yang diluluskan oleh Shafie pada kroninya tidak sepenuhnya diberikan kepada mereka yang memerlukan tapi ada diantaranya dijadikan kandang kambing.
Jadi kau Markos jangan lagi polemik kan kemiskinan masyarakat Sabah dengan kemunculan Warisan kerna itu hanya membuat anda nampak ketinggalan bas dan sebenarnya kurang pengetahuan am.
Markos Siton berhubung kemiskinan, itu rumah rumah mangsa kebakaran di Kampung Bangau Bangau dan Kampung Air yang dijanjikan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal sebelum berjawatan Ketua Menteri Sabah sehingga hari ini satu batang tiang pun tidak kelihatan.
Warisan yang disamakan dengan bahtera Nabi Nuh juga gagal bila mana waktu itu melantik orang yang terlibat dengan aktiviti syabu dan penipuan di negeri orang sebagai Ketua Kampung dan JKKK menyebabkan kes jenayah meningkat di kawasan mereka. Ini baru satu contoh yang terdekat dan ringan.
Rata rata kaum Cina berpendapat semasa kerajaan Warisan, Shafie melantik orang orang yang tidak kompeten ke jawatan tertentu dalam kerajaan negeri hingga pentadbiran kerajaan waktu itu seperti tidak wujud.
Kesimpulannya parti Warisan bukannya bahtera Nabi Nuh tapi perahu tempat bersarangnnya orang orang naif soal kehidupan dan hak orang lain.