Shahidan Bertanding Guna Tiket Perikatan Nasional (PN) Lawan Calon UMNO

Tindakan yang tepat dan bersesuaian dengan tindakan Shahidan Kassim sebelum ini yang banyak mengkritik kesalahan atau kelemahan Presiden UMNO.

Oleh kerana itu tidak lagi dicalonkan adalah implikasinya. Maka sangat-sangat lah wajar untuk tidak lagi bersama UMNO ini bagi membuktikan dakwaan atau pendedahan sebelum ini adalah benar bukannya fitnah semata-mata dan ini juga menunjukkan Shahidan mempunyai prinsip perjuangan dan jati diri yang tinggi.

Parti hanyalah parti parti bukan siapa-siapa tanpa pemimpin yang kompeten dan berkualiti.

Jikalau kekuatan politik bergantung kepada parti semata-mata maka kesannya amat buruk lihat saja apa berlaku pada UMNO, pemimpinnya yang berjasa kepada parti tidak boleh mengkritik presiden parti sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh presiden amat amat merugikan negara bangsa.

Sudah tentulah selama ini kritikannya terhadap Presiden UMNO adalah bertujuan untuk menjaga kebaikan parti UMNO dan bangsa Melayu itu sendiri, memandangkan Shahidan Kassim itu lebih Melayu daripada Zahid Hamidi yang sehingga hari ini kemelayuannya masih dipersoalkan.

Jadi pada Datuk Shahidan Kassim selamat berjuang demi kebenaran, lupakan Parti tegakkan keadilan bercakap apa adanya kepada ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee jangan undur jangan mengalah bertanding atas tiket bebas hancurkan kemungkaran dan rosakkan parti yang memperalatkan negara bangsa.

MARANG, 3 Nov – Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dipilih sebagai calon PAS bertanding di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemilihan pemimpin BN itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, sebentar tadi.

Kedua-dua mereka akan bertanding atas tiket PN.

Shahidan yang turut hadir di majlis tersebut mendapat tepukan gemuruh dari 10,000 penyokong PN selepas namanya diumumkan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS.

BN pada Selasa, menggugurkan nama Shahidan untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau dan mengumumkan Rozabil sebagai pengganti calon di kawasan itu.

Ismail yang merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut digugurkan.

Ismail Muttalib menjadi Ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan dalam tsunami politik PRU14 lalu beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi.

Sumber Berita Bersatu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: