
Awal-awal lagi “penasihat” Pakatan Harapan Lim Kit Siang menegaskan dan mengingatkan pengundi bahawa Presiden Warisan Shafie Apdal bukannya calon Perdana Menteri Malaysia yang dinamakan oleh pembangkang.
Maksudnya Pakatan Harapan selaku pembangkang tidak akan menamakan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri walau atas alasan apa sekalipun.
Kalau Pakatan Harapan pun tidak menyokong apatah lagi UMNO dan Perikatan Nasional, sudah tentulah jauh panggang dari api.
Benarlah kata orang Shafie antara pemimpin di Malaysia yang paling ramai musuhnya, baik dari dalam mahupun dari diluar parti Warisan. Kenapa saya katakan dari dalam sebab ayam tambatannya pada pemilihan Warisan baru baru ini tidak dipandang oleh perwakilan yang tidak ada hubungan kekeluargaan dengan Shafie menyebabkan kalah kepada calon yang tidak ternama.
Kalau sudah begitu ceritanya, jadi apa untungnya calon-calon Parti Warisan diberikan kemenangan oleh pengundi Sabahan? jelas tidak menguntungkan masyarakat, sebaliknya yang untung hanyalah kaum kerabat mereka. Waktu itu jika anda meminta bantuan, mereka akan mudah memberikan alasan bodoh, kita bukan kerajaan kerana itu kita tidak cukup kewangan untuk membantu anda.
Kepada bangsa KDMR buka mata tu luas luas nilai balik sokongan yang diberikan atas Parti Warisan. Walaupun Parti Warisan sinonim dengan sebilangan kecil bangsa Bajau Suluk namun bangsa ini tidak terbela, contohnya di daerah Semporna. Ini berdasarkan janji-janji mulut Shafie dan manifesto Warisan pada pilihanraya umum yang satu pun gagal ditunaikan.
Pun begitu jangan merasa pelik jika Shafie terus diberikan sokongan oleh golongan sedikit itu, bukan kerana apa tapi golongan berkenaan yang kebanyakannya naif dalam menjalani kehidupan, walau dipinggirkan, dihina dikeji tapi tetap memberikan sokongan, seperti orang yang kehilangan maruah.
Seingat saya dulu hubungan Warisan dan DAP cukup hangat bolehlah dibilang tidur dalam bilik yang sama, sebab itulah DAP pernah menyatakan pendirian dan sokongan ke atas agenda Sabah Ubah. Namun kerjasama mereka tidak bertahan lama, gara gara nafsu jahat Warisan atau Shafie yang tegar mencuri wakil wakil rakyat DAP.