Azhar Duduk Diam Warisan Sudah Gagal Angkat MA63

Kritikan Adun Darau, Azhar Matussin ini bukannya kritikan tapi hanyalah kenyataan yang diterbalikkan. Supaya kononnya Warisan lebih gah dari parti lain, walhal semasa menjadi kerajaan satu barang dari elemen perjanjian 20 perkara gagal direalisasikan, selain meneruskan apa yang ada sebelum mereka.

Kritikannya berdasarkan pengalaman mereka sebagai kerajaan negeri yang gagal mengurus Sabah dan memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 dari konteks parti Warisan itu sendiri. Inilah sebenarnya yang rakyat Sabah nampak.

Walaupun Perjanjian Malaysia 1963 atau 20 Perkara adalah modal politik parti Warisan sejak bertapak di Sabah.

Namun Kritikan Warisan berhubung perjanjian Malaysia tidak ada yang segar, sekadar retorik yang diulang ulang. Seperti mana kritikan Adun Darau dibawah.

Hanya mampu bercakap terbalik seolah olah parti Warisan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya dan berpeluang menjadi kerajaan negeri Sabah namun gagal menunaikan janji mereka. Lucu sangat sangat lah!

Pada hakikatnya sebelum ini PBS telah membuat kenyataan rasmi berhubung kritikan Adun Darau ini, seperti link Tidak Ada Keperluannya Bentang Hasil Jawatankuasa MA63 Ke PBB. Hanya Adun Darau ini yang ketinggalan Bas.

Perjanjian Malaysia 1693 di bawah kerajaan GRS Sabah benar benar didukung dan dimartabatkan, sebab itulah Datuk Masidi Manjun ada membuat penegasan bahwa jika Persekutuan bersikap acuh tidak acuh ke atas tuntutan yang dikemukan, maka kerajaan Sabah tidak akan teragak agak mengambil tindakan undang undang. Semangat dan ketegasan seperti ini tidak pernah dilakukan semasa kerajaan Warisan.

Azhar Matussin berkata, pengumuman berkaitan
sejumlah 15 isu di bawah pemantauan Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih belum diselesaikan adalah tidak releven didengar pada masa kini.

Katanya, Maximus sepatutnya melaksanakan segera MA63 seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut.

“Dalam MA63 sendiri sudah terang serta menjelaskan secara terperinci mengenai hak-hak serta tanggungjawab masing-masing diantara kerajaan persekutuan dengan Wilayah Sabah dan Sarawak.

“Apa yang susah sangat untuk dilaksanakan. Maximus kena buka balik MA63 dan laksanakan. Tidak perlu pilih mana perlu dilaksanakan dan mana tidak perlu laksanakan.

Sudah cukup jelas MA63 telah dipersetujui sejak awal dan perkara ini pun ditandatangani,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Isu apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Adun Darau ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: