Memang tidak ada keperluannya pun kerja kerja baik diantara kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan dipersembahkan hingga ke peringkat PBB atau antarabangsa.
Untuk apa dipersembahkan hingga ke peringkat sana?
Kepada pembangkang Warisan kamu janganlah kuat sangat bersikap hipokrit. 22 bulan kamu menjadi kerajaan perkara yang sama cuba kamu lakukan tapi tidak kesampaian, bukan sebab apa, sebab kamu tidak pandai kerja. Hahaha!
Kalau setakat bercakap atau pandai cakap, itu ha budak jual ikan tepi jalan tu lagi fasih, maksudnya fasih bercakap macam ketua Warisan bukan bererti seseorang itu cerdik atau mampu memikul tanggungjawabnya.
Satu lagi layakkah jentera Warisan bercakap pasal perjanjian Malaysia 1963 dan menuntutnya walhal ibu bapa mereka hanya mendapat mykad pada akhir 90an? bukan bumiputera pula tu, jangan lah mengasih bodoh bumiputera lain dan KDMR Warisan yang tidak ada akal tu.
Kalau Warisan gian sangat mempolitikkan isu ini, ada dua hal yang kamu perlu buktikan. Pertama tarik balik Cawangan Warisan di Semenanjung tu dan yang kedua lancarkan pungutan suara atau memorandum dikalangan rakyat Sabah bukannya gila ikut serta berpilihan raya tapi acah acah menuntut perjanjian 1963 atau membawa Sabah keluar dari Malaysia. Macam mana tu?

© Provided by Free Malaysia Today Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Maximus Ongkili, berkata empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bawah Majlis Khas MA63 bagi memperhalusi tuntutan dan hak Sabah dan Sarawak.
KOTA KINABALU: Laporan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak perlu dibentangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili.
Beliau berkata, keperluan untuk mengemukakan laporan MA63 kepada PBB sama sekali tidak berbangkit dan tiada asas.
“Kali terakhir penglibatan PBB (berkaitan MA63) ialah pada 14 Sept 1963, Setiausaha Agung United Nations Malaysia Mission (UNMAM) telah memberikan laporan berkenaan pembentukan Malaysia setelah menghadapi tentangan daripada Indonesia dan Filipina.
“Ini sebahagian daripada sejarah yang perlu kita ketahui, pada 16 Sept 1963, Malaysia adalah negara berdaulat, kita urus hal kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Papar Ahmad Hassan ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Ongkili berkata, empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di bawah Majlis Khas MA63 bagi memperhalusi tuntutan dan hak-hak Sabah dan Sarawak.
Katanya, jawatankuasa itu terdiri daripada Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu (JKRS), Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak (JKSS), Jawatankuasa Kerja Sosio Ekonomi (JKSE) serta Jawatankuasa Perundingan Bersama Mengenai Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan (JCC).
“JKRS ditubuhkan bagi membincangkan cadangan Pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) mengenai tafsiran “Persekutuan”, Perlembagaan Persekutuan manakala JKSS bagi membincangkan perkara berkaitan keselamatan negeri seperti isu sempadan Sarawak, isu imigresen seperti IMM13, burung-burung, kad banci dan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) di Sabah.
“Sementara itu, JKSE akan membincangkan keperluan infrastruktur asas di Sabah dan Sarawak seperti jalan raya, air/elektrik, kesihatan, pendidikan, digital, kemiskinan dan perumahan rakyat termiskin sementara JCC akan membincangkan berkenaan semakan semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.