
Macam mana Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia sanggup mengeluarkan kenyataan seperti Cybertrooper yang tidak boleh menerima kebenaran atau sanggup bodoh selagi bukan UMNO yang menjadi pemerintah utama.
Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa jika kerajaan UMNO hari ini gagal mengurus ekonomi dengan baik maka seeloknya lah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baru yang lebih cekap prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat.
Apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin itu memang ada kebenarannya, terbukti hari ini nilai ringgit jatuh menjunam sehingga RM4.55 sedolar.
Sebelum itu Muhyiddin Yasin ada mengemukakan cadangan supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan bagi “melancarkan” pentadbiran kerajaan tapi ditolak oleh Ismail Sabri dengan beralasan tidak ada keperluannya.
Akibatnya ekonomi semakin memburuk tapi seperti biasa, pemimpin UMNO tidak akan mudah mengakui kesalahan atau kelemahan mereka. Makanya dengan mudah Ismail Sabri turut menyalahkan Muhyiddin hanya kerana memegang Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara (MPN).
Seolah oleh Majlis Pemulihan Ekonomi Negara lebih berkuasa dari jawatan Perdana Menteri atau seolah olah apa yang dicadangkan oleh MPN diguna pakai sepenuhnya oleh Perdana Menteri Ismail.
Apa lah sangat jawatan pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri yang boleh merentas kementerian dan pentadbiran kerajaan dalam usaha membetulkan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan kluster Mahkamah sebelum ini.
Kan elok kalau cadangan mengujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diterima dan dilaksanakan boleh juga serba banyak membantu memulihkan ekonomi yang semakin terjejas. Hemmm!
Satu lagi hal, susah memulihkan ekonomi Malaysia sebab berbilion wang rakyat yang di curi melalui 1MDB masih belum diganti malah rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang 1MDB yang berbillion ringgit.
Selain wang 1MDB yang dibekukan diluar negara, Swiss. Itu bila nak ambil balik tu supaya boleh digunakan untuk membantu rakyat miskin?
Atau begini saja kepimpinan UMNO itu tidak gagal walaupun telah kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah? 💩
Tinggalkan Jawapan