
Sangat sangat benar kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang Presiden UMNO, Zahid Hamidi pemimpin atau lelaki yang tidak pandai malu dan terlalu mementingkan diri.
Entah makhluk daripada mana lah dia ni. Macam cicak yang baru merasa nasi sejuk pula.
Bila Zahid Hamidi sanggup mengadakan pilihan raya umum walaupun dalam musim tengkujuh yang kemungkinan besar membawa banjir besar di beberapa kawasan.
Menurutnya lagi sepatutnya Zahid Hamidi mengatur strategi bersama jentera UMNO bagi menghadapi kemungkinan banjir dan membantu penduduk yang terlibat.
Bukan sebaliknya mempersiapkan jentera UMNO semata mata untuk menghadapi pilihan raya umum ke 15.
Pada Sabtu, Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, sekiranya ditakdirkan PRU15 diadakan hujung tahun meskipun beberapa negeri sering dilanda banjir dalam tempoh tersebut, jentera Pemuda gabungan politik itu tetap bersedia mengharunginya.
“Kita tahu ada kekangan, akhir tahun ini ada banjir, ada hujan lebat, ada monsun timur laut tetapi kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bubar masa banjir pun, kita sanggup redah banjir,” kata Ahmad Zahid ketika berucap melancarkan Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur.
Zahid peduli apa dengan nasib mangsa banjir, lagi baik memikirkan nasib dirinya yang berkemungkinan akan mengikut jejak Najib Razak di penjara 12 tahun. Oleh itu satu satunya cara mengelak dari hukuman penjara ialah UMNO mesti berada di tampuk kuasa tapi hanya menjadi kenyataan bila UMNO mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya umum ke 15 nanti.
Soalnya ada jalan kah UMNO mendapat majoriti mudah? macam sempit dari lubang jarum saja tu.
Jika UMNO berada dipuncak maka peluang mencampuri sistem pentadbiran dan kehakiman akan terbuka sangat luas.
Tinggalkan Jawapan