
Presiden UMNO Zahid Hamidi atau pemimpin kluster mahkamah mengajak rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan musuh UMNO dengan tidak melupakan siapa yang bermaharajalela sewaktu memegang tampuk pemerintahan.
Kalau kita amati kenyataan itu nanti kita pula yang jatuh sakit, sebab itu bererti kita melayan pemimpin UMNO yang sebenarnya sedang sakit jiwa akibat kesulitan yang mereka hadapi dalam perbicaraan di Mahkamah yang disebabkan ketidakjujuran melampau semasa menjadi kerajaan UMNO, sejak 30 tahun yang lalu.
Sakit jiwa bila bercakap seolah orang lain hilang ingatan dan tidak ada rasa malu macam dirinya.
Yang namanya bermaharajalela bila anda diheret ke mahkamah kerana terlalu menyalahgunakan kuasa atau bermaharajalela dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat hingga kantoi dan dibicarakan.
Jadi kita bertanya balik ni, siapa sebenarnya yang bermaharajalela?
Pada Januari 2022 Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi membela diri terhadap 45 atau 47 tuduhan rasuah pecah amanah dan pengubahan wang haram dan Yayasan Akal Budi.
Bak kata pemimpin UMNO, Noh Omar dalam politik tidak salah mencari kelebihan asal jangan sampai kantoi.
Sedangkan semasa kerajaan Perikatan Nasional tidak ada pula pemimpin Bersatu khususnya yang dihadapkan ke Mahkamah kerana terkantoi.
Tinggalkan Jawapan