
Tidak berminat pun mencampuri cerita pimpinan UMNO apa lagi melibatkan dalaman mereka. Sebab kamu pun tahu pemimpin UMNO ini kalau bercakap, pagi lain petang lain, lusanya macam kiamat sudah. Punyalah gebang mereka, dalam isu ini rasanya KJ lebih benar.
Walau begitu pembohongan tapi masih ada yang mempercayai mereka, jadi moralnya kalau mereka sanggup setia hingga ke tahap itu, Kenapa kita tidak bersikap sama terhadap pihak yang kita sokong.
Macam sekaranglah rasanya KJ tidak berbohong bila mendedahkan yang Timbalan Presiden UMNO ada menghantar mesej akan bertanding balik di kawasan yang disandang oleh Khairy Jamaluddin (KJ) iaitu Parlimen Rembau yang menjadi kubu Tok Mat sejak 2008.
Tapi kenyataan KJ itu disangkal oleh Timbalan Presiden UMNO Tok Mat ataupun Mohamad Hasan sebagai tidak benar.
Nampak? Ini yang saya maksudkan pada setiap kenyataan atau cakap-cakap dari pemimpin UMNO, tidak boleh diberikan kepercayaan sangat sebab sesama mereka pun saling bohong membohong.
Kalau sudah pemimpin UMNO yang ada kedudukan dan pendidikan seperti mereka pun masing masing menggenggam keris, bayangkan pula jentera mereka yang sanggup bodoh dan buta kayu?
Namun mengikut kenyataan KJ jika itu hasrat UMNO maka KJ akan akur dan tidak akan tanding jika tidak diberikan kawasan.
KJ adalah antara pemimpin yang paling lantang mengkritik kluster Mahkamah termasuklah Presiden UMNO sendiri.
Tinggalkan Jawapan