
Supaya kita tidak nampak bengap dan mengada-ngada serta nampak sanggup bodoh demi sesuatu yang diketahui oleh kebanyakan sebagai perkara kejahatan, mari kita baca kenyataan ketua Hakim negara Tengku Maimun Tuan Mat.
Iaitu berhubung keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib Razak menyebabkan Najib harus menjalani penjara 12 tahun dan membayar denda RM210 juta.
Oleh itu Ketua Hakim Negara menyarankan masyarakat agar membaca dan memahami sesuatu isu selain bertanya kepada pakar sebelum membuat kesimpulan berhubung keputusan Hakim Mahkamah.
Ini kerana tidak adil membuat kenyataan pada isu sedangkan segelintir masyarakat tidak faham hingga menyebabkan huru-hara.
Hakikatnya Ketua Hakim Negara telah membaca alasan penghakiman setebal 13 muka tu pada 23 Ogos yang lalu. Dan mendapati tiada sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ketua Hakim Negara juga mendapati bekas Peguam Peguam Najib Razak tidak mampu berhujah dengan baik dan gagal menyangkal aliran dana SRC sebanyak RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak.
Sebaliknya peguam peguam Najib hanya memberikan alasan konyol dengan harapan perbicaraan SRC akan mendapat penangguhan, kerna itulah perbicaraan ini memakan masa empat tahun.
Itupun semasa hari pendengaran akhir perbicaraan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan, Shafee Abdullah dan Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam Najib sempat berhujah retorik supaya Hakim perbicaraan iaitu Tengku Maimun Tuan Mat ditukar dengan orang lain. Alasan seperti yang disebarkan oleh laskar UMNO, sebab suami Tengku Maimun tidak pro Najib malah membenci kepimpinan Najib, hal ini diketahui melalui twitnya pada tahun 2018 serta kelihatan hadir semasa perbicaraan. (Nampak sangat alasan yang mengada ngada dan tidak masuk akal).
Justeru Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, menasihatkan masyarakat.
“Jika tidak faham, tanya. Jika sudah baca (alasan penghakiman) dan tidak faham, tanya pada individu yang tepat. Jangan begitu mudah membuat kesimpulan tanpa kefahaman penuh. Ini perkara asas.
“Adalah tidak adil untuk membuat kenyataan terhadap isu yang kamu tidak faham. Ia akan menyebabkan huru-hara pada semua perkara.
“Jika kamu tidak faham, tiada asas pengetahuan, tidak memahami sepenuhnya, tapi kamu buat kenyataan. Ini tidak betul,” katanya, yang menghargai sokongan Majlis Peguam dalam memperbetulkan persepsi dan menjelaskan mengapa mahkamah membuat sesuatu keputusan.
Tinggalkan Jawapan