Syed Saddiq Bengap Persoal MyRC Untuk Pelarian

Teruk sangat pula pemikiran pemimpin pembangkang bilamana mereka menolak keputusan Kementerian Dalam Negeri KDN untuk menggunakan kad pengenalan khas yang dipanggil MyRC ke atas pelarian.

Kad MyRC akan berfungsi sebagai dokumen rujukan kepada semua agensi penguatkuasaan bagi menggantikan kad yang dikeluarkan oleh UNHCR.

Sepatutnya sudah lama Malaysia tidak mengiktiraf kad UNCHR kerana Malaysia bukannya anggota konvensyen. Ini pointnya!

Mengguna pakai MyRC bererti kerajaan Malaysia akan mengetahui jumlah dan pergerakan pelarian yang telah didaftar.

Namun tindakan kerajaan melalui Kementerian KDN, Hamzah Zainuddin di bantah oleh Syed Saddiq sebab kononnya pelarian berkenaan telah didaftar melalui kad yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR).

Dalam erti kata lain Syed Saddiq atau pembangkang TIDAK bersetuju sekiranya kerajaan sendiri mengurus kehadiran pendatang asing tanpa izin atau pelarian yang ada di Malaysia.

Baru saya tahu betapa bengapnya si Syed Saddiq ni. 😂

Memperkenalkan MyRC wajib dilihat dari sudut jangka panjang yang akan menjadi titik tolak kepada penyelesaian lambakan pelarian di negara ini.

Perlu si Syed sedar selama ini kerajaan Malaysia bergantung pada agensi UNHCRF tapi nampaknya kehadiran pelarian gagal dibendung. Ini juga poin utama yang pembangkang wajib ambil kira jangan saja rajin mengkritik tanpa sebab yang munasabah.

Syed Saddiq berpendapat kerajaan tidak perlu susah susah mengumpul data pelarian kerana data itu boleh diambil daripada UNHCR. Memang pun UNHCR sendiri telah mengeluarkan kenyataan akan memberikan kerjasama.

Pertanyaannya bagaimana jika UNHCR manipulasi fakta untuk kepentingan pihak tertentu tidak kah ia merugikan negara?

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri KDN diatas Malaysia bukannya anggota Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu jadi untuk apa bergantung pada data mereka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: