Semalam Polis dan Gurkha Menunggu Diluar Masa Mesyuarat AMT UMNO

Memang begini caranya mengurus kumpulan yang terdesak untuk membuat sesuatu supaya masalah mereka dapat diselesaikan atau ditutup.

Semalam selepas taklimat khas UMNO yang disampaikan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian serta AJK Bahagian.

Ahli-Ahli tertinggi UMNO telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan langkah menekan Perdana Menteri Malaysia Ismail yang tidak hadir, agar segera membubarkan parlimen sekaligus pilihan raya umum ke-15 segera diadakan. Selain mencari akal bagaimana membebaskan Najib dari hukuman penjara yang sedang dijalani.

Di Bawah bangunan iaitu semasa mesyuarat anggota ahli majlis tertinggi berjalan. Anggota keselamatan berserta kenderaan jenis Gurkha bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat?

Ternyata hampir hampir saja Presiden UMNO memutuskan hal yang akan menjejaskan keharmonian rakyat, bila mana dia selaku presiden UMNO menyokong kempen pengampunan diraja bagi melepaskan Najib Razak dari penjara Kajang, sedangkan Najib perlu melaluinya selama 12 tahun.

Tidak adil lah macam ini, bagaimana pula dengan orang lain yang terpaksa meringkuk begitu lama sebelum dibenarkan membuat pengampunan diraja. Janganlah mencipta sejarah yang hanya mendorong rakyat marah pada golongan bangsawan, Presiden UMNO oiii.

Pun begitu dikhabarkan hasrat Presiden UMNO itu tidak mendapat persetujuan 100% dari ahli majlis tertinggi UMNO.

Apa yang kita dapat simpulkan dari senario ini ternyata Presiden UMNO tidak lagi dihormati oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi atau sebenarnya Perdana Menteri Malaysia yang berjawatan Naib Presiden dalam parti UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: