Setiap AG Mesti Ikut Telunjuk Perdana Menteri – Azalina (video)

Cuba kamu dengar kenyataan ahli majlis tertinggi UMNO Azalina Othman ini. Terang-terang dia menegaskan semestinya Peguam Negara orang Perdana Menteri atau setiap Peguam Negara mesti mengikut telunjuk Perdana Menteri secara politik.

Ini berdasarkan pengalaman 20 tahun sebagai Ketua Bahagian UMNO, dimana jawatan Setiausaha dan Penerangan Bahagian adalah orangnya atau dia yang lantik.

Pelik juga pihak mana sebenarnya yang melantik Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang ke 11? bukan kah semasa kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Ismail itu adalah dari parti UMNO.

Dan yang mengheret Najib Razak kemuka pengadilan ialah semasa kerajaan Pakatan Harapan.

Justeru tidak bersambung kalau sabitan bersalah Najib Razak berhubung skandal SRC dikaitkan dengan Peguam Negara Idrus Harun.

Lupakan sekejap polemik Peguam Negara dan pemenjaraan Najib kerana itu cerita dongeng, ciptaan UMNO.

Tapi sebagai rakyat biasa kamu tidak seram kah mendengar kenyataan bodoh Azalina Othman selaku penasihat undang undang kepada Perdana Menteri Malaysia itu. Bukan kah itu bermaksud jika sekiranya UMNO memegang kuasa maka pertuduhan yang dibuat oleh Peguam Negara adalah atas kepentingan politik.

Lalu dimana keadilan jika kesalahan jenayah dilihat dari sisi kepartian? itu bermaksud jika pemimpin UMNO yang melakukan kesalahan jenayah maka mereka tidak akan didakwa atau disiasat.

Habislah orang biasa kalau begini. Kecelakaan apa kah ini.

So tolak UMNO kaw kaw.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: