
Najib adalah pemimpin yang mempunyai pengikut palsu paling banyak di muka bumi ini mencecah 70%.
Padan pun bilangan orang yang hadir di perkarangan bangunan Mahkamah Persekutuan semasa Tun Tengku Maimun dan empat lagi hakim mengekalkan hukuman bersalah 12 tahun penjara dan denda 210 juta ke atas Najib Razak tidak pun sampai 300 orang.
Jika dibandingkan dengan semasa Anwar di dapati bersalah berhubung skandal peribadinya, jumlah yang hadir lebih ramai ibarat separuh langit Kuala Lumpur tertutup.
Alahai kamulah UMNO oiii, terlalu kuat memainkan propaganda bohong.
Justeru itu selepas ini teliti dulu setiap kenyataan yang disebarkan oleh pemimpin dan laskar UMNO kerana itu tidak lebih dari propaganda semata mata atau satu lagi pembohongan daripada UMNO.
Padan juga UMNO tumbang pada pilihan raya umum ke 14 walaupun ruang media sosial disesakkan oleh puji pujian demi mempertahankan kepimpinan UMNO dan menafikan kesalahan 1MDB.

Tinggalkan Jawapan