Malaysia Tidak Beri Kerjasama Perbicaraan 1MDB Di Kuwait

Berita yang sedang disembunyikan oleh kerajaan UMNO hari ini iaitu penyelewengan wang rakyat dalam skandal 1MDB yang didalangi Najib Razak di Timur Tengah, Kuwait.

Oleh itu kerajaan Kuwait kecewa pada kerajaan Malaysia kerana tidak diberikan kerjasama di dalam usaha mereka mencari bukti atau maklumat yang lebih lanjut. Sedangkan sebelum ini mendapat kerjasama penuh hingga mereka yang terbabit berjaya di heret ke Mahkamah.

Kamu nampak tak betapa buruknya Malaysia bila pentadbirannya dipegang oleh pihak yang diketahui oleh masyarakat antarabangsa sebagai tidak amanah.

Pada dasarnya penyelewengan ini dilaporkan sekitar tahun 2020 oleh Sarawak Report.

Sekarang Kerajaan atau Mahkamah Kuwait sedang membicarakan tiga rakyatnya yang terbabit dalam skandal 1MDB. Membabitkan pembiayaan rancangan membina Laluan Rel Pantai Timur dan projek saluran paip minyak yang tidak pernah dibina.

Salah seorang tertuduh adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah, peguamnya Saud Abdelmohsan dan rakan kolej Jho Low, Hamad al Wazzan, yang bertanggungjawab memperkenalkan Jho Low dan anak bekas menteri berkenaan.

Namun ketiga tiga tertuduh itu dilepaskan dengan ikat jamin masing masing RM750 ribu setiap seorang.

Syarikat-syarikat dari negara China yang terbabit dalam projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) telah di mark up oleh Najib sehingga 100%, kemudian wangnya dimasukkan ke dalam 1MDB yang berpangkalan di Kuwait barulah selepas itu dihantar balik ke 1MDB Malaysia melalui syarikat Seychelles yang diurus oleh peguamnya Saud Abdelmohsan tetapi dimiliki oleh Sh Sabah

Ahhhh pening kita mengingat cerita lama ni. Hahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: