
Terus saja failkan saman terhadap Astro Awani dan Malaysiakini, tidak perlu mempolitikkannya, seolah-olah UMNO tidak pernah melakukan kejahatan dan tidak pernah bercakap terbalik yang jauh lebih jahat daripada memfitnah.
Mentang-mentanglah banyak laskar UMNO yang sanggup bodoh dan rajin menokok tambah cerita yang dinyatakan oleh pemimpin UMNO. Walaupun akhirnya terbukti berbohong namun bila kantoi ia tidak membuat mereka berhenti dari membuat pembohongan atau tidak bertanggungjawab.
Kita tahu Astro Awani dan Malaysiakini ada melaporkan cerita yang mengatakan Biro Politik UMNO dalam satu mesyuarat UMNO telah mendesak Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen dan jika tidak keahlian UMNO Ismail Sabri akan dilucutkan.
Oleh kerana itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf akan memfailkan saman ke atas Awani dan Malaysiakini kerana telah menimbulkan fitnah dan berniat jahat.
Namanya juga portal berita yang melaporkan apa saja maklumat kejadian yang diterima.
Apa lagi laporan yang didakwa fitnah itu adalah perkara biasa yang terjadi dalam dunia politik.
Persoalan sama ada kurang tepat atau tidak benar berita yang dilaporkan, ia selepas itu menjadi pertimbangan mereka yang membacanya. Lain lah kalau laporan itu berkaitan dengan kegiatan jenayah, barulah 100% boleh di saman. Itupun kalau benar benar bacul sebab itu sikit sikit laporan Polis atau saman.
Lokman Adam seorang pemimpin UMNO yang kerap membuat kenyataan bohong dan fitnah, adakah ia tidak merosakkan reputasi orang lain dan tidak menjejaskan kefahaman rakyat tentang satu satu isu? Namun begitu pernah kamu dengar ada pihak menyaman Lokman kerana caciannya ke atas parti lawan.
Kesimpulannya maka terbuktilah UMNO semakin lemah walaupun sebelum ini paling lantang menuntut agar Parlimen dibubarkan.
Sepatutnya laporan berita berkenaan dilihat dari sudut positif dengan membenarkannya lalu ahli ahli parlimen UMNO menarik sokongan hingga pilihan raya umum ke 15 diadakan. Betul tak?
Kenapa tidak? sebab Najib yang cuba dipertahankan sudah berada di penjara Kajang dan jika berlaku pilihan raya umum ke 15 UMNO akan melingkup?
Tinggalkan Jawapan