Peguam baru dilantik oleh Nazib Razak dalam rayuan akhirnya dalam skandal SRC, Zaid Ibrahim dipecat serta merta. Alamak!
Memang ada kepatutannya sebab di hari pertama selepas rayuan mereka ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.
Zaid semasa ditanya oleh Wartawan, mukanya marah dan malu sambil memandang Najib Razak. Begitu pula Najib Razak memandang Zaid nampak kecewa dan terkejut mendengar ulasan Zaid. 😂
Kalau kita terjemahkan bahasa tubuh Zaid Ibrahim waktu itu, seolah olah begini. Saya sudah berusaha menolong mu tapi kerana kes ini terlalu berat dan kau pun hanya menggunakan saya di saat kritikal, maka inilah yang terjadi kita gagal, yang mendapat untung besar itu si Shafee Abdullah.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, Hisyam Teh Poh Teik ketika mahkamah mula bersidang sebentar tadi.
Pada ketika ini, hanya peguam Hisyam Teh Poh Teik dan dua peguam dipercayai daripada firmanya, Tetuan Hisyam Teh berada di dalam mahkamah.
Dua peguam daripada ZIST, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam tidak kelihatan.
Pada 25 Julai lalu, Najib melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.
Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam dilantik bagi menggantikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Tinggalkan Jawapan