PM Tidak Boleh Campur Tangan Kes Najib

Rasanya kalau pun Perdana Menteri Ismail campur tangan. Tapi agak mustahil bagi para Hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang menghakimi Najib Razak mengikut telunjuk.

Perbicaraan atau rayuan akhir Najib Razak ini tidak hanya menjadi perhatian rakyat Malaysia tapi juga masyarakat dunia.

Iya lah tak kan pula Rogers Ng yang dibicarakan dalam skandal SRC di Amerika berjaya dibuktikan bersalah. Tapi tidak bagi Najib Razak yang menjadi ketua mereka.

Apa lagi Najib telah pun di dapati bersalah oleh dua kehakiman, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan hingga dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan denda 210 juta ringgit.

Rasanya juga kan, Perdana Menteri Ismail tahu implikasinya jika dia campur tangan, implikasinya rakyat semakin membenci kepimpinan UMNO.

Iyalah kalau Najib Razak berjaya dibebaskan sudah tentulah bagi Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar di Sabah yang juga berhadapan dengan tuduhan makan wang rakyat di Mahkamah.

Penting juga bagi Perdana Menteri Ismail tidak campur tangan. Ini kerana yang melantik Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin ialah kepimpinan Bersatu atau Perikatan Nasional bukannya UMNO itu sendiri.

Hata itu kenyataan Perdana Menteri Ismail menyeru supaya ahli-ahli UMNO bersolidariti untuk Najib, ini pun tidak kena pada tempatnya, sangat janggal. Membuktikan Ismail Sabri tidak boleh diangkat sebagai “khalifah”.


SHAH ALAM – Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood tidak bersetuju dengan gesaan segelintir penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua kerajaan perlu mematuhi doktrin pengasingan kuasa dengan pendirian diambil Naib Presiden UMNO itu terhadap kes Najib, disifatkannya sebagai tepat dan jelas.

Tambah Nik Ahmad Kamal, Ismail Sabri tiada masalah untuk membantu Najib tetapi hanya dari sudut memastikan proses undang-undang berjalan dengan lancar tanpa amalan berat sebelah.

Sumber Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: