
Cadangan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan atau lebih dikenal sebagai Tok Mat berhubung cadangan mengubah perjanjian Malaysia 1963 tidak sewajarnya disebut atau dibangkitkan.
Begitu penegasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg.
Ini kerana perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah hal yang dipersetujui oleh nenek moyang yang mewakili negara-negara untuk membentuk Malaysia.
Sabah sebelum perjanjian Malaysia 1963 berstatus sebuah negara begitu dengan Sarawak.
Menurutnya lagi kebanyakan syarat-syarat atau perkara yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 tidak dipenuhi. Sebab itu amat tidak wajar Perjanjian Malaysia 1963 dipersoalkan atau disentuh apa lagi diubah hanya semata mata untuk memenuhi kehendak pihak yang bertanggungjawab merealisasikan perjanjian 1963 itu sendiri. (lebih kurang begitulah)
Mengubah Perjanjian Malaysia 1963 akan membatalkan perjanjian lama maka itu bererti pembentukan Malaysia boleh dipersoalkan atau terbatal.
Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO Malaysia Tok Mat mencadangkan supaya UMNO Sabah memperbaharui perjanjian Malaysia 1963 agar lebih mudah untuk direalisasikan, sekaligus menunaikan tuntutan kerajaan GRS Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Idea bodoh itu disampaikan Tok Mat semasa berucap dalam Konvensyen BN Sabah pada 2 Julai yang lalu. (Kurang ajar betul Melayu UMNO tidak reti diuntung ni)
Padan pun idea bodoh sebab Tok Mat berucap di hadapan badut badut Sabah, itu yang bercakap tidak lagi menggunakan otak. Sebaliknya cara menghormati badut ialah mentertawakan mereka dari belakang.
Abang Johari juga berkata rundingan MA63 semasa dengan kerajaan persekutuan turut melibatkan peruntukan khas kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Sarawak mahu peruntukan khas itu diagihkan mengikut formula dengan peratusan terbaik hasil yang dijana oleh negeri itu dikembalikan kepada Sarawak.
Beliau berkata rundingan untuk wakil kerajaan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti termaktub dalam laporan IGC juga merupakan perkembangan baik berdasarkan maklum balas terkini yang diterimanya. “Sekarang mereka (LHDN) telah meminta nama untuk mewakili Sarawak. Ini bermakna kami tahu berapa banyak hasil kami.
Kami boleh tahu berapa jumlah yang betul yang anda (Persekutuan) boleh berikan kepada kami,” katanya. Tambahnya, kerajaan Sarawak tidak berniat untuk menekan kerajaan persekutuan dan mahu rundingan MA63 menghasilkan situasi menang-menang untuk semua pihak. “Jika keadaan kewangan (kerajaan) persekutuan tidak terlalu baik, kita tidak boleh menekan mereka juga. Tetapi berdasarkan formula (cadang Sarawak), senang (untuk mencapai kata sepakat),” katanya lagi.