
Rasanya kali ini Mohamad Hasan (Tok Mat) benar-benar menjadi bahan politik rakyat Malaysia. Tidak habis satu timbul lagi beban yang membuktikan Timbalan Presiden UMNO ini tidak ada niat sebagai pemimpin selain antara lain hanya untuk mencari kekuasaan demi keuntungan pihaknya. Iyalah kawan sendiri pun dia gigit, apa cerita.
Ada dua ke tiga kes sebelum ini, pertama pasal konspirasinya menghancurkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO Malaysia. Hal ini didedahkan oleh mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tajuddin Abdul Rahman. Ironinya Tok Mat juga yang menggagalkan usaha menjatuhkan Presiden UMNO yang terpalit dengan tuduhan salahguna kuasa di Mahkamah.
Kes kedua secara tidak langsung Tok Mat mengakui Najib adalah seorang penjenayah berkaitan skandal 1MDB atau SRC yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sebelum merayu pada Yang di-pertuan Agong supaya dibebaskan.
Ketiga, Tok Mat didakwa telah menghina agama Hindu. Bilamana dalam wawancara Tok Mat bersama wartawan Asia Times, menyatakan.
UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), antara lainnnya kerana memikul ‘kavadi’ semasa berdepan pilihan raya dan merujuk ‘kavadi’ sebagai satu beban.
Dalam erti kata lain Kavadi disini adalah skandal penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO seperti skandal 1MDB, FELDA, FELCRA dan lain lain.
Ketua Penerangan Sayap Bersekutu, Bersatu S Gobi Krishnan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan itu sebagai penghinaan kepada agama Hindu dan menunjukkan kecetekan kefahaman Tok Mat mengenai adat, budaya dan agama Hindu.
” Tok Mat tidak menghormati sensitiviti masyarakat India beragama Hindu dengan mengaitkan ritual agama Hindu sebagai satu beban,”
Oleh itu Timbalan Presiden UMNO Mohammad Hasan digesa supaya membuat permohonan maaf pada penganut agama Hindu. Dan jika gagal maka NGO agama Hindu akan digerakkan dalam masa yang sama akan membuat laporan Polis secara besar besaran.
Nampaknya Tok Mat ni macam juga mentaliti Presiden UMNO Zahid Hamidi, persis mentaliti kelas kedua atau ketiga, tidak ada semangat nasionalisme.