Rakaman perbualan atau temu ramah ini diantara Timbalan Presiden UMNO Malaysia Mohamad Hasan atau Tok Mat bersama wartawan Asia Times.
Ketika ditanya adakah Tok Mat tidak rasa bersalah sekiranya Najib dipenjarakan.
Tok Mat menyatakan sebagai kawan sudah tentu ada rasa kasihan tapi setiap yang bersalah harus dipertanggungjawabkan.
Selepas menjalani hukuman penjara barulah boleh membuat permohonan maaf, bukan membuat permohonan maaf sebelum menjalani hukuman.
Minta ampun Agung lah tu kan supaya terlepas dari penjara. Selain sudah tentu permohanan maaf pada rakyat Malaysia.
Kesimpulannya Tok Mat amat sedar dan tahu sememangnya Najib Razak telah kantoi mencuri wang rakyat melalui skandal 1MDB anak syarikatnya SRC.
Tok Mat berpangkat Timbalan Presiden UMNO dan berbangsa Melayu tulen pun sudah mengakui hakikat skandal Najib Razak. Apa pula dengan laskar UMNO Sabah yang nak dikatakan Melayu, pelik juga, Melayu tentang mana.
Nak dikatakan selaku penyokong UMNO wajar terhutang budi memandangkan Najib bekas Perdana Menteri UMNO, tidak juga ini kerana Tok Mat, Tajuddin dan ramai lagi pemimpin UMNO sudah menerima hakikat bahawa Najib adalah pesalah jenayah dan liabiliti, Najib juga bukan hanya bekas Perdana Menteri pada pandangan mereka tapi juga sehingga hari ini masih kawan.
Sepatutnya pemimpin dan laskar UMNO Sabah merasa malu dengan pendedahan Tok Mat ini, mereka bukan siapa siapa pun berbanding perjuangan dan bangsa Tok Mat dan dari konteks UMNO itu sendiri. Hahaha!
Nampak benar UMNO Sabah, no nasionalisme, no kredibiliti, no integriti yang penting “masuk” dan dapur berasap. Tidak ada guna, baik mereka ni dibuang negeri.
Perbicaraan skandal SRC telah pun selesai dimana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ke atas Najib .Mahkamah Rayuan pula mengekalkan sabitan bersalah dan mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi.
Tinggalkan Jawapan