Najib Takut GRS Jitu Seperti GPS Di Sarawak

Raut muka kantoi maling tidak lagi boleh disembunyikan

Bila pemimpin yang terkenal dengan skandal salah gunakuasa atau tidak amanah seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi dan pemimpin UMNO yang lain. Berbicara soal politik maka tidak ada orang yang bersalah kecuali mereka walaupun telah kantoi menyalahguna kuasa di Mahkamah dan tidak ada parti yang kuat kecuali UMNO walau pernah tumbang pada pilihan raya umum selepas 60 tahun menjadi kerajaan.

UMNO juga pada hemat Najib masih kuat di Sabah walaupun tiga calon UMNO dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 tumbang kepada calon Bebas.

Najib semalam ketika bersama laskar UMNO di Sabah berkata kononnya Bersatu tidak lagi kuat sebab itu banyak menggunakan jenama Gabungan Rakyat Sabah, GRS.

Kenapa lah si Najib semakin kuat membohong dan tidak lagi mengira tempat ni, di Mahkamah dia berbohong, di negara orang awal awal lagi berbohong. Benarlah tidak namanya UMNO berpolitik kalau tidak berbohong dan manipulasi kesetiaan orang.

Najib tahu tu politik orang Sabah bersifat dinamik tidak seperti Melayu UMNO yang sanggup dibodohkan seolah-olah UMNO itu ada hasil bumi yang menghidupkan mereka. Hakikatnya jangankan UMNO, di Semenanjung sendiri hanya ada dua tiga negeri yang memiliki kekayaan itu pun diperintah oleh pembangkang.

Politik Sabah ni banyak mengarah atau ditentukan oleh kehendak rakyat Sabah. Kalau Sabahan mahupun parti atau pemimpin itu melawan Malaya seperti mana rakyat Sarawak maka tidak boleh tidak kehendak itu harus diakui dan direalisasikan. Kalau tidak maka hadapilah kekalahan dalam pilihanraya kelak.

Seperti mana GRS, GRS adalah gabungan yang menjurus kepada mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat Sabah yang meliputi tuntutan berdasarkan perjanjian Malaysia 1963.

GRS juga telah digariskan kepada dua prinsip iaitu politik akomodasi dan politik pembangunan.

Jelas berdasarkan sedikit perincian diatas maka sudah tentulah GRS menjadi pilihan rakyat Sabah dan agenda ini tidak terkandung dalam parti luar baik Bersatu mahupun UMNO.

Walau bagaimanapun jika dibandingkan antara Bersatu dan UMNO maka Bersatu lebih realistik. Presiden Bersatu, Muhyiddin memberikan kebebasan pada Sabah untuk menuntut hak hak dalam perjanjian Malaysia 1963. Sedangkan UMNO walaupun telah menjadikan Borneonisasi sebagai agenda UMNO Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020, tapi bila berkuasa agenda itu tidak lagi dipedulikan seolah-olah tidak pernah menjadi modal janji pilihan raya.

Benar benar rakyat Sabah dianggap kelas kedua oleh UMNO, kerna walau dipermainkan seperti budak hingusan tapi tetap setia pada UMNO yang ditubuhkan khusus untuk orang Melayu. Ironinya bukan ada pun bangsa Melayu di Sabah, berbeza dengan parti Bersatu atau PPBM yang bermaksud Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Jelas orang Sabah yang menjadi pemimpin UMNO hanyalah mencari peluang untuk mengaut projek.

Dan tidak benar dakwaan kononnya Sabah akan rugi tanpa UMNO, ini kerana terbukti orang Sabah boleh menjadi Menteri di luar negara yang bererti orang Sabah jauh lebih cerdik berbanding kebanyakan pemimpin UMNO yang tidak amanah.

Faham sudah kah bosku Najib.

Bagaimana pula dengan UMNO? yang dijulang setiap masa adalah parti UMNO, parti yang dibungkus dengan bangsa Melayu.

Berbilion wang rakyat digunakan untuk memartabatkan UMNO, lihat saja semasa perhimpunan agung UMNO dari segenap negeri hadir dan sudah tentu ia melibatkan perbelanjaan yang besar.

UMNO ada organisasi yang dibentuk sedangkan BN hanya sebagai Pengerusi BN negeri itupun tidak lebih dari sekadar boneka. Lepas itu tidak ada pun orang Sabah yang berjawatan tinggi dalam parti UMNO, serendah jawatan Naib Presiden UMNO.

Berbeza dengan GRS, pemimpin Sabah yang mengetuainya dan ahli GRS kebanyakannya dari parti parti tempatan. Lepas itu GRS sendiri yang mencipta hala tuju perjuangan dengan persetujuan parti parti tempatan yang menjadi ahli.

Sedangkan Bung Mokhtar setakat Pengerusi BN Sabah yang tidak boleh menentukan hala tuju Sabah kerana pasti bertentangan dengan agenda UMNO yang lebih mengutamakan tempatnya berbanding Sabah.

Berbalik pada persoalan pokok. Kenapa bila UMNO bertanding di Sabah mereka menggunakan logo BN? kenapa tidak menggunakan logo UMNO, kalau benar UMNO sebuah parti yang kuat.

Nah begitu juga dengan Bersatu, sudah ada kekuatan yang dipanggil GRS jadi untuk apa lagi mengulang ulang nama Bersatu?.

Cakap saja Najib pemimpin kantoi maling oiii, kau takut kalau populariti GRS melambung seperti GPS di Sarawak.

Barangkali takut kalau nasib UMNO di Sabah sama seperti di Sarawak dimana UMNO diharamkan.

Najib dan Zahid kamu berani kah menggunakan logo BN bila calon UMNO bertanding di Sabah?

Najib dan Zahid kamu berani kah bersumpah atas nama Allah yang tuduhan kamu di Mahkamah adalah fitnah? saya berani berbuat demikian kalau kamu sanggup menyahut cabaran ini. Mari sama sama bersumpah atas nama pencipta, ada braaaaa kah?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: