Kehadiran Komponen Nasional Dalam GRS Berdasarkan Formula Tempatan

Dalam erti kata lain walaupun UMNO atau BN ikut sebagai GRS tetapi hala tuju UMNO harus mengikut rentak GRS yang menjurus kepada polisi tempatan. Seperti, Sabah diutamakan, Sabah melangkah ke hadapan, memaknai Sabah maju jaya dan yakin Sabah yang bersatu.

Selain UMNO harus turut memegang dua prinsip GRS iaitu Politik Akomodasi dan politik pembangunan.


KOTA KINABALU, 1 Julai – Kehadiran komponen nasional dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah tertakluk kepada agenda, teras dan prinsip gabungan berkenaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ia adalah satu formula tempatan yang perlu dipelihara berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan GRS.

“Sebagai satu formula tempatan, ingin saya ulangi komitmen bahawa kehadiran komponen politik nasional dalam GRS, termasuk kehadiran saya sendiri selaku pengerusi GRS, adalah tertakluk kepada agenda, teras dan prinsip GRS.

“Komitmen kepada formula tempatan ini juga dipelihara dengan peruntukan undang-undang tubuh parti yang menetapkan bahawa teraju kepimpinan GRS adalah ditentukan melalui konsensus lokal iaitu kesepakatan parti-parti komponen GRS.

“Kita di Sabah akan menentukan sendiri barisan kepimpinan GRS bersandarkan kepada perlembagaan parti, setiap ahli GRS perlu berpegang teguh kepada agenda, teras, prinsip dan Perlembagaan GRS serta menjunjung keluhuran Perlembagaan negeri serta persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian persidangan perwakilan PBS, di sini, hari ini.

Hajiji yang merupakan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah berkata, GRS adalah sebuah jajaran politik lokal yang menjadi formula tempatan dalam mewujudkan permuafakatan rakyat bagi mendepani lanskap baharu politik negara.

“Sebagaimana GRS terbina atas mandat rakyat, penubuhan GRS sebagai sebuah entiti politik rasmi pada 11 Mac adalah juga manifestasi aspirasi rakyat.

“Akar umbi mahukan kita bersatu dalam sebuah wadah tempatan untuk memperkukuhkan perjuangan membela hak-hak dan kepentingan anak watan di persada politik lokal dan nasional,” katanya.

Sumber Berita Bersatu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: