
Baru saja semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menggesa agar siasatan segera jalankan terhadap seorang presiden parti tempatan Sabah kerana disyaki terlibat dengan sendiket pengeluaran kad palsu kepada pendatang asing tanpa izin, dengan mengenakan bayaran sehingga seribu ringgit.
Hal tersebut didedahkan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hamzah. Seperti link dibawah.
Dipercayai parti tempatan itu bernama Parti Perpaduan Rakyat Sabah, PPRS dan Presidennya bernama Mohd Arshad Abdul Manap.
Dia telah pun ditangkap pada 22 Jun 2022 dan sedang dalam proses pendakwaan.
Siasatan yang dimaksudkan antara lain cari rangkaiannya adakah PPRS mempunyai hubungan dengan parti tempatan lain.
Nah ternyata ada, Presiden PPRS sendiri ada hubungan secara langsung dengan Parti Warisan.
Siap mengeluarkan kenyataan sempena PRK Kimansis sebagai tanda sokongan terhadap parti Warisan, bahwa demi kesinambungan kestabilan ekonomi, politik dan sosial Sabah mereka menyokong calon parti Warisan. Kononnya
Buktinya lihat gambar gambar yang berkaitan begitu jitu kerjasama diantara PPRS dan Warisan. Mesra gitu!
Kelihatan dalam gambar Presiden PPRS bersama Naib Presiden Parti Warisan, Jaujan Sambakong.
Dimana sudah suara lantang Aziz Jamman ke atas usaha murni kerajaan dalam usaha membenteras lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
Kuat sangat menyalahkan kerajaan walhal pada hakikatnya dengan memberikan kad pekerja asing kepada PATI ia dapat mengurangkan dan mengekang pertambahan mereka ia juga memanfaatkan kehadiran PATI sekaligus mengekang impak negatif yang mereka timbulkan.
Tapi bagaimana dengan PPRS yang menjadi sekutu Warisan yang terlibat dengan sendiket pengeluaran kad palsu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).
Mana suara mu Aziz Jamman oiiii!
Tampaknya Warisan tidak layak mengkritik mana kerajaan atau sekalipun ke atas parti UMNO yang sarat dengan kelemahan salah gunakuasa dan birokrasi parti. Sebab pastinya isu yang mereka bangkitkan juga pernah dilakukan oleh Warisan baik sebagai bekas kerajaan negeri Sabah mahupun Aziz Jamman dan Shafie Apdal sebagai bekas pemimpin UMNO.
Kuat sangat bermain propagadanda bohong semata-mata akhirnya mengena batang hidung sendiri. Sekarang Warisan nak jawab apa pula ni?
