Sabah Tuntut Cukai Produk Petroleum Dari Kluster Petronas, Repsol dan SEAH

Semalam berita pasal penggunaan undang-undang bagi menyemak perjanjian Malaysia 1963 sekaligus merujuk kepada tuntutan royalti minyak 40%.

Pada hari yang sama juga kerajaan negeri Sabah melalui Masidi Manjun menegaskan bahawa kerajaan GRS Sabah komited untuk menuntut cukai produk petroleum daripada syarikat dalam Petronas.

Untuk makluman kerajaan negeri Sabah telah mengutip sejumlah RM1.56 bilion cukai jualan produk petroleum dari Petronas sejak cukai itu mula berkuat kuasa pada April 2020.

Jangan main-main kerajaan negeri Sabah tidak hanya menuntut cukai produk petroleum daripada Petronas tetapi juga daripada syarikat kluster dalam Petronas.


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited sepenuhnya menggunakan semua hak perlembagaan dan perundangan dalam menuntut cukai jualan negeri (SST) yang perlu dibayar untuk penjualan produk petroleum daripada Repsol Oil and Gas Ltd (Repsol) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH).

Menteri Kewangan Kedua Sabah, Masidi Manjun, berkata langkah itu adalah mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988.

Masidi, yang juga menteri kerajaan tempatan dan perumahan negeri, merujuk kepada kenyataan Hibiscus Petroleum Bhd baru-baru ini berhubung keengganan membuat pembayaran SST oleh anak syarikat milik penuhnya Repsol dan SEAH.

“Untuk rekod, kedua-dua Repsol dan SEAH telah memohon kepada Kementerian Kewangan Sabah dan kemudiannya dikeluarkan dengan lesen yang diperlukan sebagai ‘orang kena cukai’ menurut Peraturan Cukai Jualan Negeri

“Oleh itu, kerajaan negeri secara mutlak menyangkal dakwaan atas dasar Repsol dan SEAH enggan membuat pembayaran SST dan telah pun menuntut pembayaran yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Masidi mendakwa, terdapat perbincangan antara wakil pihak terlibat berhubung isu ini.

Bagaimanapun, perkara itu kini telah menemui jalan buntu dan kedua-dua syarikat kekal bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan berterusan untuk membuat pembayaran bagi jumlah SST yang tertunggak, termasuk penalti.

“Kerajaan Sabah berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu mengikut kuasa, pihak berkuasa dan bidang kuasa negeri,” katanya.

Bernama

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: