
Sebab itulah melawan kluster Mahkamah tidak boleh jadi orang yang baik sangat. Walaupun pada hakikatnya kita dari baka yang baik-baik.
Rakyat Sabah mesti ada sikap bercakap apa adanya, inilah masanya dibuktikan bahwa anda ada prinsip dalam menjalani kehidupan ini. Menang kalah belakang cerita, apapun yang terjadi sebelum pilihan raya tidak bererti dunia sudah kiamat, asalkan bukan UMNO.
Orang Borneo harus melawan UMNO sampai ada yang terduduk dan tumbang. Barulah namanya sebagai penduduk negeri yang kaya dengan sumber alam dan otak yang bijaksana.
Kerana kalau tidak, lihat saja kenyataan terbalik Presiden UMNO dibawah, bukan alang alang muka temboknya.
Begitu senang mengeluarkan kenyataan yang terbalik seolah-olah rakyat tidak tahu apa tujuan Zahid Hamidi dan Najib mendesak Parlimen dibubarkan sekaligus pilihan raya umum segera diadakan. Kalau bukan mengelak supaya tidak menjalani hukuman penjara akibat skandal 1MDB dan Yayasan Akal Budi serta pemberian Visa kepada pekerja asing.
Sebenarnya bukan hanya pemimpin PAS yang berpendapat belum masanya Parlimen dibubarkan. Tetapi juga seperti mana titah terbaru yang di-pertuan Agong, berpendapat selesaikan terlebih dahulu krisis ekonomi Malaysia yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.
Pelik betul rakyat dengan sikap tidak pandai malu pemimpin UMNO khususnya Zahid dan Najib Razak.
Sebelum ini Presiden UMNO Zahid Hamidi memerli presiden parti PAS Haji Hadi Awang. Sebagai PAS takut mengadakan pilihan raya umum kerana takut kehilangan kerusi.
Kritikan Zahid itu disambut sinis oleh PAS sebagai berkata, Presiden UMNO Zahid Hamidi takut dipenjara sebab itulah mengesa supaya pilihan raya segera diadakan.
Adat pertandingan Zahid Hamidi oii, ada yang menang ada yang kalah dalam setiap pertandingan, justeru tidak timbul pihak mana yang ketakutan. Cuma isunya disini, alasan apa yang digunakan untuk membenarkan pilihan raya, alasan itu yang lebih penting sebagai pemimpin kepada orang Melayu yang tidak sudah dikaitkan dengan kemiskinan walaupun UMNO telah memerintah 60 tahun.
Cabaran ini, kalau kuat sangat gunakan logo UMNO kalau bertanding di Sabah, buang logo BN/penimbang tu, cukup cukuplah membodohkan orang Sabah.
Tinggalkan Jawapan