

Inilah apa yang dipanggil mencuri kredit buah fikiran/idea orang lain berhubung tuntutan 40% royalti minyak ke atas kerajaan Persekutuan. Bukan lagi mencuri tapi masih beranggapan fikiran rakyat Sabah ini masih mudah dimanipulasi. Walau selepas beberapa propaganda pembangkang semasa Pilihan Raya Umum 2018.
Sebelum ini Datuk Masidi Manjun ada menegaskan bahawa jika dalam perundingan yang sedang dijalankan diantara kerajaan GRS Sabah dan kerajaan Persekutuan tidak berjalan seperti yang diharapkan iaitu tuntutan 40% royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian 1963 tidak dipenuhi. Maka beliau atau kerajaan negeri Sabah tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang.
Sehingga hari ini perbincangan berjalan dan ada perkembangan yang positif diantaranya Persekutuan telah menambah bayaran pemberian khas dari RM26.7 juta selama ini kepada RM125.6 juta.
Wang ini bukan bayaran royalti minyak dari 40% yang sedang dituntut.
Untuk makluman RM125.6 juta berkenaan telah digunakan untuk membina perumahan rakyat Sabah yang dikenali perumahan SMJ atau Sabah Maju Jaya.
Tapi semalam pimpinan Pakatan Harapan Sabah terdiri dari PKR, UPKO dan DAP telah menggemukkan tuntutan undang undang ke Persekutuan berhubung royalti minyak 40%.
Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini
telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu untuk memohon pengisytiharan antara lainnya bahawa hak perlembagaan Sabah ke atas 40% hasil bersih yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun harus dihormati dan dipatuhi.
Tidak ada angin tidak ada ribut tiba tiba berkemas dan kelam kabut. Melucukan!
Zaman kerajaan Warisan, Sabah hanya mendapat 20% itu pun dalam bentuk kenyataan yang bersetuju tapi belum pun ditunaikan. Persetujuan itu disambut sangat positif oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah waktu itu Christina Liew sebagai konon bukti komitmen kerajaan mereka. Sekali lagi lucu!
Ketua Menteri Sabah, Shafie juga turut bergembira dan melihatnya sebagai hal yang positif dan menganggarkan tahun itu 2019/2020 Sabah akan menerima sehingga RM1.7bilion. Namun pada hakikatnya satu sen pun dari 20% tidak diterima oleh negeri Sabah sehinggalah kerajaan Warisan tumbang. Lucu!
Faktanya era kerajaan Warisan atau Pakatan Harapan Sabah, hanya berani mengemukakan tuntutan setinggi 20%. Tapi bila menjadi pembangkang tiba tiba berani sehingga 40%. Lucu!
Hanya mereka yang tidak ada asas ilmu lalu ikut ikutan berpolitik yang percaya pada propaganda tuntutan 40% Pakatan Harapan ini. itu pun hanya bila mereka menjadi pembangkang.